Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Rawatan penjagaan rambut DIY

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

Rawatan penjagaan rambut DIY

Jul 03, 2019 | 11:51 AM



TAK ada masa, wang atau tenaga untuk ke salon rambut setiap dua minggu? Usah risau. 



Di sini kami kongsikan beberapa rawatan penjagaan rambut yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.



Rawatan-rawatan ini menjanjikan rambut yang lebih rapi dan tidak kering.



 



Tairu asli atau 'sour cream'



Tenusu kaya dengan asid laktik dan lemak susu yang akan bekerjasama untuk menghilangkan kotoran serta minyak, sambil memberi kelembapan kepada rambut anda.



Namun, usah gunakannya sebagai pengganti syampu atau perapi rambut (conditioner).



Gunakannya sebelum menggunakan syampu. Letakkan jumlah yang mencukupi pada rambut basah anda selama 20 minit sebelum mencucinya dengan air suam. Kemudian, syampu rambut anda seperti biasa.



 



Madu



Madu bukan sahaja baik untuk kulit tetapi ia juga rawatan yang hebat bagi rambut anda.



Sesuai untuk rambut kering, madu membantu menarik dan mengekalkan kelembapan agar rambut menjadi halus dan lembut.



Biarkan madu di dalam rambut anda selama 20 minit sebelum mencucinya. Ia juga boleh digunakan sebelum meluruskan atau mengeritingkan rambut untuk melindunginya dari panas.



 



Avokado



Avokado kaya dengan asid lemak, antioksiden dan vitamin. Gunakannya untuk melembutkan rambut keriting. 



Lumatkan setengah buah avokado, letakkannya pada rambut lembap dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda mencucinya.



 



Minyak kelapa



Minyak kelapa boleh melakukan lebih dari setakat melembapkan rambut anda. Jika diletakkan pada rambut, ia boleh membantu merapikan rambut, merawat kelemumur dan merangsang pertumbuhan rambut.



Ia juga melindungi rambut dari kerosakan matahari.



 



Lemon



Bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang gatal dan kering, cuba rawatan menggunakan buah lemon.



Kaya dengan vitamin C dan B, asid folik dan kalsium, lemon bukan sahaja membersihkan kulit kepala, ia juga menguatkan folikel rambut untuk mengelak keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.



Lemon juga membantu mengatasi masalah kelemumur dan jangkitan kulat kulit kepala yang lain.



Artikel ini kali pertama diterbitkan di Her World Online.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >