Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Warga emas teruja belajar teknologi maklumat dan media sosial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Warga emas teruja belajar teknologi maklumat dan media sosial

Gembira dapat berhubungan semula dengan rakan-rakan sekolah lama yang telah terpisah lebih 40 tahun
Jan 27, 2019 | 05:30 AM



APABILA mula memasuki usia senja sesetengah orang mungkin memilih tidak menyertai kegiatan yang di luar zon keselesaan mereka.



Namun, bagi Cik Rahmah Saini, usia yang sudah menjangkau 65 tahun langsung tidak meghalang beliau terus menimba pengetahuan baru yang mungkin agak asing bagi mereka yang sebayanya - bidang teknologi maklumat (IT) dan media sosial.



Ibu tiga anak itu pernah menghadiri beberapa kursus mengenai IT seperti penggunaan sofwe dan kemudian kursus tentang media sosial seperti Facebook dan YouTube di bawah Akademi Warga Emas Nasional (NSA).



MULA-MULA KEKOK



Meskipun pada awalnya agak kekok dan mengambil masa menyesuaikan diri, Cik Rahmah akhirnya berjaya mengatasi halangan tersebut berkat ketabahan serta minda yang terbuka.



"Saya juga belajar menggunakan aplikasi seperti WhatsApp. Ini semua membantu saya dalam kehidupan harian seperti mencari lokasi destinasi, mencari maklumat terkini, dan mendapatkan berita terkini.



"Tapi lebih penting lagi, aplikasi seperti Facebook dan WhatsApp, menghubungkan saya dengan sahabat lama, selain anggota keluarga," tambahnya.



Malah, beliau berasa teruja apabila dapat berhubungan menerusi video dengan anaknya yang pernah berada di luar negara.



Selain itu Cik Rahmah juga berjaya berhubungan dengan rakan-rakan sekolah lamanya daripada Sekolah Menengah Sang Nila Utama.



Beliau dan rakan-rakannya itu telah terpisah selama lebih 40 tahun.



"Kehebatan media sosial seperti Facebook adalah ia mampu menghubungkan saya terus dengan rakan-rakan lama.



"Memang terharu juga apabila kali pertama dapat berhubungan semula dengan mereka setelah sekian lama kami berpisah dan hidup berkeluarga.



"Kini kerap juga saya berhubungan menerusi WhatsApp dengan mengongsi beberapa maklumat penting dan terkini," jelas bekas pegawai arkib itu lagi.



NSA merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada institusi pendidikan posmenengah - termasuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, universiti dan institusi kesenian serta pertubuhan berdasarkan kemasyarakatan.



NIKMATI SUBSIDI



Warga emas yang layak boleh menikmati subsidi apabila mengambil kursus-kursus singkat di bawah NSA.



Warga emas Singapura yang ingin menyertai modul-modul tanpa peperiksaan di institusi-institusi tersebut hanya perlu membayar sedikit yuran.



SUDAH GUNA KOMPUTER RIBA



"Bagi saya memang tidak rugi saya menghabiskan sedikit masa dengan mempelajari bidang-bidang sebegini.



"Ia bukan sahaja dapat menghubungkan kami dengan saudara-mara, sahabat-handai dan dunia luar, malah membentangkan banyak maklumat yang saya perlukan dengan hanya menekan butang telefon bimbit," ujar Cik Rahmah, yang turut selesa menggunakan komputer riba.



Warga emas yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk menyertai kursus-kursus yang disediakan di www.nsa.org.sg.



Pertubuhan berkaitan termasuk Majlis Bagi Usia Ketiga (C3A).



Pelajari kemahiran baru hari ini di laman NSA website, http://www.nsa.org.sg/ atau hubungi talian NSA di 6478-5029, setiap Isnin hingga Jumaat, antara 9 pagi dengan 5 petang, kecuali pada cuti umum.




"Bagi saya memang tidak rugi saya menghabiskan sedikit masa dengan mempelajari bidang-bidang sebegini. Ia bukan sahaja dapat menghubungkan kami dengan saudara-mara, sahabat-handai dan dunia luar, malah membentangkan banyak maklumat yang saya perlukan dengan hanya menekan butang telefon bimbit."
- Cik Rahmah Saini, 65 tahun, ibu tiga anak.



  • Siri ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >