REZEKI pelakon Mengejar Mentari 2, Awad Salim Ramli kian mencurah-curah sejak akhir-akhir ini.
Wajahnya bukan sahaja disaksikan di dalam drama Melayu saluran MediaCorp Suria mahupun drama bersiri Inggeris Tanglin yang bakal disiarkan kelak, malah turut mewarnai pentas teater Tamil, Quarters yang disajikan di Panggung Victoria sejak semalam.