PELAKON televisyen, Sharon Washington, menghabiskan zaman kanak-kanaknya dalam keadaan takut mengenai 'amalan memberi makan naga'.
Pada ketika itu, Washington bersama ibu bapa dan neneknya tinggal di tingkat atas sebuah apartmen di sebuah perpustakaan awam di New York, Amerika Syarikat, dan sering melihat ayahnya, seorang jaga perpustakaan, menyodok arang ke dalam genahar memanas - yang dianggapnya sebagai naga.