Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Watak Disney warnai Orchard Road sempena Krismas

Sep 06, 2018 | 05:30 AM



AKHIR tahun ini, Orchard Road akan diserikan dengan sebuah pameran watak kartun kegemaran ramai yang digandingkan dengan hiasan cahaya berwarna-warni.



Pameran itu diadakan sempena perayaan Krismas tahun ini.



Lebih menarik lagi, pameran tahun ini yang dinamakan 'Disney Magical Moments' dimeriahkan lagi dengan kehadiran watak-watak kartun Disney dan filem Disney-Pixar.



Antaranya ialah Elsa dari Frozen, Woody dari Toy Story, Cinderella dan Mickey Mouse.



Bahkan, pameran tersebut merupakan acara 'lampu jalanan' yang terbesar di Asia Tenggara dengan tema Disney.



Ia merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Perniagaan Orchard Road (Orba) dan The Walt Disney Company Asia Tenggara.



Dari 10 November 2018 - 1 Januari 2019 ini, orang ramai berpeluang menikmati hiasan di sepanjang 2.88 kilometer itu - dari Tanglin Mall hingga Plaza Singapura.



Pameran itu mempunyai empat zon setiap satu mempunyai keunikannya dan temanya sendiri.



Tema-tema tersebut ialah Disney Princess, Mickey Mouse & Friends, Frozen dan Toy Story.



Pengunjung turut berpeluang mengambil gambar bersama beberapa watak Disney yang bersaiz sebenar.



Ia boleh didapati di dua pusat beli-belah - Orchard Central dan Wheelock Place.



Pengerusi Orba, Encik Mark Shaw, berkata:



"Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Disney untuk menyalakan lampu di Orchard Road tahun ini.



"Orba berharap pameran tahun ini yang mempamerkan watak-watak Disney kesukaan ramai, akan mendorong warga muda serta mereka yang berjiwa muda untuk ke Orchard Road."



Kempen 'Disney Magical Moments' adalah sebahagian daripada kerjasama selama tiga tahun antara Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Disney.



"Kami amat gembira kerana watak-watak kesukaan ramai akan menjadi sebahagian daripada sambutan Krismas di Orchard Road.



"Acara lampu jalanan ini adalah yang pertama di Asia Tenggara dan ia direka khas bagi menggembirakan peminat serta menyediakan musim cuti yang tidak boleh dilupakan bagi orang ramai," ujar Encik Amit Malhotra, Pengurus Negeri The Walt Disney Company bagi Singapura dan Malaysia.



Hitachi Asia yang sudah manaja acara tahunan 'A Great Street' selama 28 tahun, akan kembali sebagai penaja utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >