Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WGS anjur Karnival Keluarga sempena cuti sekolah

Sep 05, 2019 | 05:30 AM



SELARAS dengan pembangunan jalur budaya Geylang Serai, Wisma Geylang Serai (WGS) bakal menganjurkan Karnival Keluarga Geylang Serai 2019.



Diadakan buat julung-julung kalinya, acara itu akan dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, Ahad ini.



Majlis perasmian pembukaan acara tersebut akan berlangsung pada 8 malam di tanah lapang bersebelahan WGS.



Karnival keluarga ini akan berlangsung sempena cuti sekolah September, dari 6 hingga 15 September.



Pelbagai kegiatan dan acara menarik disediakan seperti food truck, permainan karnival serta persembahan artis yang boleh dinikmati seisi keluarga.



Antara artis yang akan membuat persembahan dalam karnival tersebut termasuk Sufian Suhaimi, Wani Hasrita dan Ramlah Ram.



Karnival itu sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan lagi kawasan di sekitar Geylang Serai, dengan menggunakan kawasan yang sedia ada untuk mengadakan acara yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.



Ia juga bertujuan menggalakkan seisi keluarga dan masyarakat untuk berinteraksi dan bersuka ria bersama sambil menikmati kegiatan yang diadakan.



Di samping kegiatan yang dijalankan di kawasan tanah lapang bersebelahan WGS, acara lain turut dijalankan pada masa yang sama di WGS, misalnya acara Muhasabah Masyarakat bersama Mufti, yang akan diadakan lusa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >