Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Yatim piatu tumpang kasih keluarga besar di poly

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yatim piatu tumpang kasih keluarga besar di poly

May 04, 2019 | 05:30 AM



RAKAN sebayanya yang melabuhkan tirai pengajian politeknik semalam mampu meraikan kegembiraan menggenggam segulung diploma bersama ibu bapa mereka.



Namun, kesedihan dan rasa terkilan menyelubungi jiwa lulusan Diploma Filem Digital dan Televisyen dari Politeknik Temasek (TP), Encik Mohammad Fitri Salleh, 22 tahun, kerana mereka sudah tiada lagi di sisinya.



Ibunya Cik Alimah Suet meninggal dunia pada usia 51 tahun kerana barah buah dada ketika Encik Mohammad Fitri berusia sembilan tahun.



Pada 2017, bapanya Encik Salleh Shahdan pula menyusul pada usia 62 tahun kerana serangan jantung.



Kehilangan mereka khususnya di kala beliau ingin berkongsi kejayaan mengambil kursus yang disifatkan sebagai cinta pertamanya itu merobek tangkai hatinya.



Tidak dapat juga beliau kongsi kegembiraan tatkala filem ringkasnya, Kachang Puteh, meraih tempat pertama dalam Peraduan Filem Ringkas Warisan Singapura 2018 anjuran Persatuan Filem Singapura.



Namun, di sebalik segala kekosongan di dada, anak bongsu dalam keluarga empat beradik lelaki itu bersyukur pensyarah yang diamanahkan membimbingnya, Cik Wahidah Abdul Jalil, ibarat pencetus semangat baru buatnya.



Dalam pertemuan di TP baru-baru ini, Encik Mohammad Fitri yang sebelum ini merupakan lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), berkata:



"Saya rapat dan manja dengan ibu. Pemergiannya amat memilukan buat saya yang masih memerlukannya kerana masih kecil ketika itu.



"Apabila saya berada di rumah sepupu pada waktu itu, saya diberitahu ibu sudah pulang ke rumah dari hospital. Saya begitu teruja dan gembira ingin bertemu dengannya.



"Tak sangka perkara pertama yang saya nampak apabila pulang ke rumah adalah kain kafan, isyarat beliau sudah pulang ke pangkuan Ilahi."



Selepas pemergian ibunya, Encik Mohammad Fitri lebih memencilkan diri daripada orang sekeliling. Jiwa remajanya kadangkala memberontak.



Namun, ayah yang kerap berpindah-randah tugas bagi memastikan dirinya mempunyai masa fleksibel buat empat anaknya, menjadi peneman di kala duka.



"Ayahlah bapa, beliau juga ibu saya yang sibuk memasak.



"Walaupun lauk ayam kicapnya tidak sesedap sajian ibu, saya tetap merasakan ia hidangan terlazat kerana ia disiapkan daripada hatinya yang ikhlas," kongsi Encik Mohammad Fitri lagi dengan nada hiba.



Pemergian bapanya yang disifatkan sebagai insan cekal yang selalu menyorok penyakitnya kerana enggan menyusahkan anak-anak amat mendadak.



"Saya tak dapat bayangkan perlu melalui tempoh sukar kehilangan orang yang disayangi dan menjadi tunggak kehidupan selama ini.



"Selama ini pun, saya tidak mahu menyusahkan ayah malah menjalankan beberapa pekerjaan sambilan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) bagi membiaya pengajian saya sendiri," katanya.



Dalam menangani pasang surut emosi, Encik Mohammad Fitri meraih kekuatan daripada keluarga besarnya di TP.



Beliau juga condong dengan kerja-kerja belakang tabir khususnya dalam seni bunyian bagi menghasilkan sesebuah filem ringkas atau projek video.



Setiap bunyian yang didengarinya penting khususnya yang mengingatkannya tentang pengalaman silam makan malam bersama ibu bapa, sesuatu yang tidak dapat dilakukan lagi.



"Saya tersentuh apabila teman-teman datang melawat meskipun jadual mereka sibuk dan padat.



"Pensyarah seperti Cik Wahidah pula selalu bertanya khabar dan memastikan saya tidak abaikan makan minum dan kesihatan saya.



"Dengan mereka sendiri mempunyai hal peribadi untuk diuruskan, mereka tetap pastikan kebajikan saya terjaga.



"Mereka ibarat keluarga berangkai saya," katanya dengan nada terharu.



Cik Wahidah pula menyifatkan pelajarnya sebagai suka menolong, amanah dan sudi meluangkan masa buat orang lain.



Malah, ada ketikanya beberapa pensyarah juga kasihan bagaimana Encik Mohammad Fitri menjalani kegetiran hidup sampaikan tidak mampu membeli makanan atau telefon bimbit.



Cik Wahidah mengulas:



"Saya terkesan dengan jiwa murninya. Apabila Fitri memberitahu beliau ingin menjadi pegawai medik apabila ke Perkhidmatan Negara kerana ingin membantu orang lain, ia isyarat tentang semangat memberinya.



"Saya tidak fikir saya terlalu berjasa dalam hidupnya. Ia sebahagian rutin sebagai pensyarah yang perlu ambil tahu tentang kebajikan pelajarnya.



"Kami membantu menyalur wang atau dalam aspek lain yang termampu.



"Saya bahkan gembira beliau memilih bidang tugas yang jarang diteroka pelajar kursus perfileman iaitu aspek bunyian.



"Biasanya, pelajar lain lebih sukakan glamor sebagai pengarah atau juruvideo tetapi beliau pilih tukikan dalam bidang bunyian yang mustahak tetapi sering diabaikan."




"Saya tersentuh apabila teman-teman datang melawat meskipun jadual mereka sibuk dan padat.



Pensyarah seperti Cik Wahidah pula selalu bertanya khabar dan memastikan saya tidak abaikan makan minum dan kesihatan saya.



Dengan mereka sendiri mempunyai hal peribadi untuk diuruskan, mereka tetap pastikan kebajikan saya terjaga. Mereka ibarat keluarga berangkai saya."
- Lulusan Diploma Filem Digital dan Televisyen dari Politeknik Temasek (TP), Encik Mohammad Fitri Salleh, yang tidak punya kedua-dua orang tua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >