Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Yazit Ahmad meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yazit Ahmad meninggal dunia

Sep 26, 2019 | 03:53 PM



BEKAS pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57 tahun,  meninggal dunia pada 11:53 pagi pada Khamis (26 September) di Unit Jagaan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Menurut anaknya, Cik Shafiqah Nurlis, 29 tahun, Allahyarham mengadu sesak nafas pada kira-kira 3 pagi pada Selasa (24 September) dan beliau dibawa ke HKL, di mana Allahyarham kemudian  disahkan mengalami kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dalam badan.

 

“Keadaan ayah sangat kritikal dan doktor memaklumkan kami sekeluarga perlu bersedia dengan segala kemungkina.

 

“Kata doktor, seandainya  ayah bertahan, dia sekadar bergantung pada mesin semata-mata,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia. 

 

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus sahaja alat bantuan penafasan dimatikan. 

 

Pada awal September; Allahyarham dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru. Beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik beberapa tahun lalu.

 

Penderitaan yang dihadapi arwah mendapat perhatian rakan-rakan seperjuangan termasuk penyanyi tanah air, Ramli Sarip yang menganjurkan konsert jelajah untuk mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban kewangan bagi rawatan dialisis Allahyarham.

 

Penyanyi kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy, turut memberikan ucapan takziah melalui akaun Instagramnya. 

 

Sepanjang penubuhan kumpulan Search pada awal 80-an, Yazit bersama angota kumpulanitu telah menghasilkan lebih 20 album, sekaligus menjadikan mereka antara kumpulan rok terunggul di Malaysia, Singapura bahkan diminati di Indonesia. 

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >