Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Yuna calon 'The Most Inspiring Asia Women 2019'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yuna calon 'The Most Inspiring Asia Women 2019'

Oct 23, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna sekali lagi berjaya mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila muncul sebagai salah seorang calon dalam E! People's Choice Award menerusi kategori The Most Inspiring Asian Woman 2019.



Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai bakal berentap dengan tujuh lagi calon dari India, Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan China.



The Most Inspiring Asian Woman 2019 merupakan anugerah yang julung-julung kalinya dipertandingkan dalam E! People's Choice Award.



E! People's Choice Award akan diadakan pada 11 November di California, Amerika Syarikat.



Antara calon yang bakal memberi saingan kepada penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak, itu adalah pelakon Indonesia, Raline Shah; model dan pelakon Thailand, Praya Lundberg; penyanyi dan pelakon India, Alia Bhatt dan penyanyi rap Korea Selatan, CL.



Kesemua calon untuk kategori ini dipilih berdasarkan kesan kejayaan mereka dalam mencerminkan kepelbagaian dan kebudayaan di seluruh rantau ini.



Mereka bukan sahaja terkenal dalam lapangan kerjaya masing-masing, tetapi apa yang penting turut dikenali dalam usaha dan kerja keras yang memberi kesan kepada masyarakat dan dunia secara umumnya.



Terdahulu, Yuna juga dicalonkan dalam kategori Penyanyi Terbaik Asia Tenggara dalam MTV Europe Music Awards 2019 (MTV EMA 2019) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.



Dalam kategori tersebut, Yuna dipertandingkan bersama Suboi (Vietnam), Rich Brian (Indonesia), Moira Dela Torre (Filipina), Jasmine Sokko (Singapura) dan Jannie Weigel (Thailand).



Anugerah berprestij itu akan diadakan di Seville, Sepanyol, pada 3 November ini.



MTV EMA 2019 merupakan satu pengiktirafan buat pencapaian dalam bidang pop culture di industri muzik Eropah dan antarabangsa.



Terbaharu, pencapaian Yuna bertambah satu lagi dan beliau mengumumkan bahawa sudah bernaung di bawah agensi peragaan terkenal antarabangsa iaitu Wilhelmina Models .



Yuna berkongsi berita gembira tersebut bersama dengan peminatnya di laman Instagram.



Antara selebriti yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.



Yuna juga turut membuktikan tiada yang mustahil apabila gambar muka depan album terbarunya, Rouge, terpapar di poster Apple Watch 5.



Menerusi poster yang dikeluarkan Apple itu, hanya album Yuna saja ditampilkan bersama beberapa lagi paparan fungsi Apple Watch yang lain.  - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >