Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Yuna dan suami beraya di Lapangan Terbang Narita di Jepun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yuna dan suami beraya di Lapangan Terbang Narita di Jepun

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



PENYANYI Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna, terpaksa menyambut Hari Raya pertama bersama suaminya, Adam Sinclair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles (LA).



Yuna yang nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 32 tahun, berkongsi pengalaman sedih ini bersama laman mStar Online.



"Pertama kali saya beraya dengan suami tapi di lapangan terbang Jepun sebab kami transit dari LA ke Kuala Lumpur. Ketika kami sampai di lapangan terbang itu, Malaysia dah menyambut Hari Raya.



"Cemburu apabila lihat foto-foto di Instagram yang kebanyakannya muat naik gambar bersama keluarga," katanya.



Yuna ditemui sewaktu majlis pelancaran filem ringkas Wanita Besi yang sekali gus memperkenalkannya sebagai duta syampu Pantene Malaysia di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, baru-baru ini.



Di sebalik segala kesulitan itu, Yuna bagaimanapun sempat meraikan Hari Raya bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada Hari Raya kedua.



Beliau juga sempat menziarahi kaum keluarganya di Perak selama dua hari sebelum bercuti bersama keluarga suaminya di Pulau Langkawi, Kedah.



Dalam pada itu, Yuna menjelaskan sebenarnya beliau berasa malu untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum apabila beliau bersetuju melibatkan diri dalam filem Wanita Besi bagi produk syampu jenama Pantene.



Filem tersebut mengisahkan zaman persekolahannya dan pembabitannya dalam bidang seni.



Sementara itu, Wanita Besi tidak menampilkan jalan cerita yang biasa disajikan penerbit filem di Malaysia.



Ia memaparkan kehidupan Yuna sewaktu zaman persekolahan. Beliau suka berangan, menulis lirik selain pernah dimarahi guru.



"Kisah ini sangat peribadi buat saya, tambahan pula semasa mula-mula menceburkan diri sebagai penyanyi dan pemuzik, ada yang mahu menukar imej saya dan meminta saya menanggalkan tudung," ceritanya lagi.



Tambah penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini, selepas menonton hasil filem ringkas itu, beliau tersedar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dalaman selain perlu yakin dengan diri sendiri.



Yuna juga berkata beliau baru sedar maksud 'Wanita Besi' iaitu kena cari kekuatan dalaman dan kena yakin dengan diri kita.



"Saya nak jadi diri sendiri tapi yang lebih baik. Jadi, saya tak boleh dengar cakap orang yang salah," ujarnya.



Filem ringkas selama lima hingga 10 minit itu akan mula ditayangkan di laman Youtube Pantene pada 25 Jun ini.



Dalam perkembangan lain, Yuna turut memberitahu album terbarunya sudah hampir 80 peratus siap dan dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >