PENYANYI Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna, teruja menjadi gadis penghias muka depan sisipan fesyen dalam majalah terkenal, Vogue Arabia edisi Julai/Ogos ini.
Foto bertajuk Hijabi Crush itu memaparkan Yuna mengenakan busana rona kelabu ciptaan pereka Malaysia, Hatta Dolmat.