Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Yuna perkasa jiwa gadis dalam lagu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yuna perkasa jiwa gadis dalam lagu

Jul 11, 2019 | 05:30 AM



KEJAYAAN yang dikecapi penyanyi Malaysia, Yuna, di peringkat antarabangsa tidak membuatkannya lupa tentang asal-usulnya tatkala mula-mula membina nama dalam industri seni.



Malah, kisah silam serta jerih payah Yuna meyakinkan orang lain tentang bakatnya diabadikan dalam kerja seninya baik lagu atau klip video.



Bintang dengan nama asal Yunalis Mat Zara'ai, 32 tahun, baru-baru ini, mengeluarkan klip video bagi keratan lagu Pink Youth.



Lagu tersebut didendangkan bersama penyanyi rap dan pelakon dari Islington, London, Little Simz, 26 tahun.



Video berupa animasi itu menggambarkan kedua-duanya sebagai wirawati yang berusaha menyelamatkan dunia daripada tertindas oleh kuasa jahat.



Pink Youth yang memberi harapan kepada semua penduduk dari pelbagai pelosok dunia dimuatkan dalam album terbaru Yuna, Rouge, yang mula diedarkan di gedung digital esok.



Klip video yang diilhamkan Yuna dan suaminya, Adam Sinclair, itu diarah Esteban Valdez dengan bantuan penerbit eksekutif Carl Jones dan Brian Ash.



Dalam satu kenyataan label rakaman Universal Music, Yuna, yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah, berkata:



"Apabila saya hasilkan lirik bagi 'Pink Youth', saya ingin meraikan detik-detik keemasan menjalani kehidupan sebagai seorang gadis kecil.



"Teringat detik itu di mana ramai orang tidak percaya dengan bakat saya hanya kerana saya hanyalah si cilik yang ingin melakukan sesuatu yang mereka anggap lain daripada lain.



"Justeru, lagu ini saya tujukan kepada gadis di luar sana yang tidak mendapat sebarang galakan dan sokongan yang sewajarnya bagi meneruskan impian mereka."



Selain lagu Pink Youth, Yuna juga mengesahkan bahawa keratan lagu Castaway yang menampilkan penyanyi rap dan pereka fesyen, Tyler, The Creator, akan juga dimuatkan dalam album Rouge.



Dalam pada itu, penyanyi manis ini juga akan memulakan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai usaha mempromosikan album terbarunya.



Buat masa ini, Yuna masih lagi berulang-alik dari Malaysia ke Los Angeles bagi kerja seninya.



"Saya adalah penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik beragama Islam tetapi saya tidak menjenamakan diri saya sebegitu. Label sedemikian lebih ketara apabila saya berhijrah ke Los Angeles kerana orang sekeliling melihat perbezaan saya.



"Namun, saya bersyukur semua orang yang saya temui menyokong prinsip peribadi saya yang ingin menghasilkan identiti tersendiri tanpa mengorbankan agama dan budaya saya hanya kerana muzik," kongsinya.



Yuna malah menyifatkan album terbarunya Rouge sebagai menceritakan tentang dirinya yang sebenar.



"Saya selesa dengan hubungan saya bersama suami dan keluarga dan fokus yang diberi pada kerjaya saya.



"Album ini merakam warna-warni yang wujud dalam saya mencorak diri saya menjadi wanita yang anda lihat hari ini," tambahnya.



Yuna mula bermain gitar, menggubah lagu dan menulis lirik seawal usia 14 tahun. Beliau merakam album pertamanya pada 2008 di samping meraih lima pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).



Album EP antarabangsanya, Decorate, pula diterbitkan penerbit tidak asing lagi, Pharrell Williams.



Sebelum terbitnya Rouge, Yuna menghasilkan album Chapters yang disambut baik peminatnya di merata dunia, hasil kerjasama dengan bintang ternama seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.



Carta Billboard malah menyenaraikan album ini dalam senarai Pilihan Kritik Terbaik Bagi Album R&B.



Single Crush yang dinyanyikan bersama Usher pula berada di tangga ketiga Carta R&B Billboard.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >