Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Zaibo hidap barah esofagus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Zaibo hidap barah esofagus

Sep 06, 2018 | 06:38 PM



PELAKON komedi Zaibo yang agak lama tidak muncul di kaca televisyen, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor, setelah disahkan menghidap barah esofagus.



Esofagus ialah bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak dengan perut.



Sekumpulan media seberang Tambak yang telah menziarahi beliau melaporkan pelakon itu tetap kelihatan ceria dan ‘sihat” secara fizikal biarpun barah yang dialami sudah berada di tahap keempat.



Zaibo berkata beliau sama sekali tidak menyangka barah menyerangnya kerana “rasa tidak selesa” yang beliau alami hanyalah muntah selepas makan.



“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu,” ujarnya.



Beliau akui mulanya terkejut dan sangat sedih sehingga menjauhkan diri daripada semua orang termasuk keluarga selama beberapa hari.



“Sebaik saja doktor cakap kanser saya sudah berada di tahap empat saya merasakan dunia gelap serta-merta,” kata Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin, 62 tahun.



“Sejujurnya saya sangat terkejut. Saya bertanya pada diri, mengapa kanser?

“Aku tak sakit, kenapa tahap empat? Saya jadi down,” katanya, lapor laman mStar.



Bagaimanapun kata Zaibo, beliau bangkit daripada kesedihan selepas menyedari beberapa teman sebayanya daripada era persekolahan telah meninggal dunia, dan tidak semestinya mereka mati kerana penyakit.



“Selama tiga hari saya bermuhasabah dan mula memikirkan yang saya tidak boleh terus meratapi nasib.

“Saya bangkit dengan semangat dan kekuatan bahawa saya harus teruskan hidup dan melawan kesakitan ini,” ujarnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >