Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Zamani Slam, Amelina antara peserta musim baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GEGAR VAGANZA

Zamani Slam, Amelina antara peserta musim baru

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



VOKALIS kumpulan Slam Zamani dan ratu dangdut Malaysia Amelina antara 12 peserta program nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) tahun ini.



Buat kali pertamanya juga, rancangan popular terbitan Astro itu menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan.



Kumpulan tersebut ialah Forteen, Elite dan Billy Zulkarnain, lapor laman kosmo.com.my.



Selain Zamani dan Amelina, program yang sudah memasuki musim kelima itu menampilkan beberapa nama yang pernah popular dulu.



Antaranya ialah Noryn Aziz, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Mya Matahari, Farawahida, Safura dan Shafie Rio.



Pengumuman barisan peserta GV5 dilakukan menerusi sidang akhbar di Hotel Palace Of The Golden Horses kelmarin.



Tokoh muzik tersohor Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim pula dipilih menjadi juri.



GV5 akan disiarkan selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Penonton boleh menyaksikannya secara langsung di saluran Astro Ria 608 setiap Ahad, 9 malam.



GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara.



Juara GV5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 ($33,000) berserta piala.



Naib juara bakal menerima RM50,000 sementara pemenang tempat ketiga RM30,000.



Tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta piala.



GV1 dimenangi Ayai Ilusi.



Ini dikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >