Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ziana akur perlu 'kuat' demi anak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ziana akur perlu 'kuat' demi anak

Mar 31, 2018 | 05:30 AM



WALAUPUN sedang menghadapi masa sukar menghadapi kemelut rumah tangga, penyanyi Ziana Zain berkata beliau harus kuat demi empat anaknya.



Beliau memberanikan diri muncul di khalayak ramai bagi memenuhi undangan menyanyi demi menggalas tanggungjawabnya kerana sudah menerima undangan.



"Saya hormati kerjaya seni saya.



"Saya perlu kuat kerana ini periuk nasi saya. Tuhan itu maha kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti," kata Ziana, 49 tahun, lapor Berita Harian Malaysia.



Penyanyi Madah Berhelah ini menjawab pertanyaan media apakah beliau dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sudah kembali tinggal serumah selepas suaminya itu dibebaskan dengan ikat jamin atas tuduhan mencederakan anak mereka pada 24 Februari lalu.



Baru-baru ini, video Ziana menahan sebak ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis korporat tular di media sosial dan menyentuh hati yang menontonnya.



Ziana mulanya tenang ketika membawa lagu popularnya, Puncak Kasih, dalam majlis yang berlangsung di Mood Republic Awards Gala Night di JW Marriot, Kuala Lumpur, pada Mac lalu. Namun, di tengah-tengah persembahan, disebabkan menjiwai penuh lagu tersebut, beliau tiba-tiba sebak sehingga nyanyiannya tersekat-sekat. Penonton majlis itu kelihatan memberinya semangat dengan sama-sama menyanyi membantunya menghabiskan persembahan malam tersebut.



Kata Ziana ketika ditanya wartawan, masalah rumah tangganya perlu ditangani dengan hati-hati demi menjaga perasaan banyak pihak.



"Pihak saya dan dia (suami), masing-masing perlu ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya.



"Lagipun, perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi ia sangat sensitif. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan, kami perlu berfikir masak-masak memandangkan ada banyak hati yang perlu dijaga," katanya.



Ditanya keterbukaan dan keberaniannya berdepan khalayak ketika kisah peribadinya menjadi tumpuan, penyanyi bersuara lantang ini memberitahu:



"Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan nanti. Dalam hal ini, saya lebih suka mengikuti apa yang sudah direncanakan untuk kita," ujar kakak penyanyi Anuar Zain ini.



Mengikut pertuduhan, Armin, 53 tahun, yang bekerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam kepada seorang anaknya dengan menggunakan rotan.



Ziana ditemui selepas menjayakan rakaman program Konsert Dimensi Legenda Raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri di Kuala Lumpur, malam tadi.



Armin dan Ziana mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19 tahun; Muhammad Ammar, 14 tahun; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >