Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau pasaran kecil, bakat SG hasilkan lagu

‘Hidup Tanpa Kamu’ peluang bakat Smule rakam lagu

Persada seni muzik Melayu di Singapura kecil dan memerlukan bakat setempat saling berkongsi sumber dan memperkasa satu sama lain. BERITA HARIAN melaporkan kisah bagaimana dua penyanyi lebih berpengalaman membantu bakat lain yang baru bertapak dalam bidang seni mencapai impian mereka.
Nov 27, 2020 | 12:00 AM



DALAM menempuh jerih payah kehidupan dalam pandemik Covid-19, timbul idea bagi bekas penyanyi kumpulan Arjuna dan deejay majlis kahwin, Muhed Zainuddin (Muhed Arjuna), menghasilkan lirik bagi Hidup Tanpa Kamu.



Itulah detik di mana Muhed, 51 tahun, merasakan gelora dalam kehidupan dengan ada pahit manis dalam alam rumah tangga datang silih berganti.



Beliau bertemu dengan penggubah lagu dan pemuzik Singapura tidak asing lagi, Yazri Malik, yang membantunya menghasilkan melodi lagu ini bermula dengan petikan gitarnya.



Tugas selanjutnya adalah bagi Muhed mencari rakan duet di aplikasi karaoke Smule bagi menghidupkan lagu ini.



Dalam wadah inilah, beliau mengadakan semacam peraduan kecil dalam kalangan bakat Smule dan akhirnya menemui vokalis yang sesuai buat lagu ini, Ellysha, 48 tahun.



Dengan peluang yang terbentang, inilah kali pertama Ellysha merasakan pengalaman merakam suara dan memiliki 'single' duet sendiri.



Ikuti wawancara bersama Muhed dan Ellysha.



Sebelum ini, Muhed pernah menghasilkan enam 'single' bersama kumpulan Arjuna, Siapa, Andainya Kau Pergi, Ibu, Raya Riang Ria, Cintaku dan Saat Kau Pergi.



Soalan (S): Bagaimana timbulnya idea merakam lagu 'Hidup Tanpa Kamu'?



Muhed (M): Sebenarnya, idea tercetus daripada pengalaman peribadi yang berlaku sewaktu pandemik ini.



Faham-faham sahajalah tentang alam rumah tangga yang ada turun naiknya, kebahagiaan, kegagalan, kekecewaan, kegembiraan silih berganti.



Justeru, ilham datang mencurah kerana lebih mudah berkongsi sesuatu yang saya lalui sendiri.



Semoga ada hikmah di sebalik segalanya dengan saya doakan kebahagiaan dan kesejahteraan sesiapa yang pernah melintasi hidup saya.



Saya tidak mahu dibelenggu stres sebab hidup ini sementara sahaja. Kita ingat kesihatan sahaja dan jalankan amanah kita sebaiknya.



S: Apakah pandangan Muhed tentang lagu ciptaan Yazri ini?



M: Saya sudah siapkan rangka seni kata saya. Kemudian saya bersembang dengan Yazri.



Saya hanya beri satu idea mengenai corak lagu yang saya inginkan. Beliau pantas menyiapkannya dengan gitar. Saya dengar dan kata 'Okey'... Kita 'go jer'!



Mudah bekerjasama dengan Yazri yang profesional dan miliki bakat semula jadi yang dianugerahkan Allah.



Petikan gitarnya sahaja ibarat memberi melodi yang menakjubkan dan ajaib.



Saya sangat menghargainya sebagai 'guru'.



S: Bagaimana usaha mencari rakan duet?



M: Ia hanyalah usaha kecil-kecilan, mengadakan peraduan dalam kalangan rakan-rakan aktif di aplikasi Smule.



Mulanya, kami mencari penyanyi wanita buat lagu duet dengan band saya, Arjuna.



Saya tak janjikan apa-apa hadiah jika berjaya. Beberapa orang dalam Smule menunjukkan minat.



Rancangan saya sebenarnya nak buat konsep ala kumpulan 2 by 2 dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dahulu. Duet mereka cukup 'menjadi' dalam Mawarku. Ini adalah sebelum saya keluar daripada band tersebut.



Apabila ketemu Ellysha, saya dapati beliau miliki keunikan tersendiri dengan suaranya adalah yang terbaik bagi telinga saya.



S: Boleh ceritakan penglibatan seni anda dan apakah perasaan dapat mencapai impian merakam 'single' duet ini?



Ellysha (E): Sejak berusia 10 tahun, saya gemar menyanyi. Smule adalah wadah saya mengasah bakat saya.



Namun, apabila saya menyertai peraduan kecil-kecilan yang diusahakan Muhed bagi mencari rakan duet, saya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya mahu mencuba nasib.



Apabila terpilih, saya rasa takut dan malu kerana ini adalah kali pertama saya merakam lagu.



Alhamdulillah, saya dapat pelajari selok-belok merakamkan lagu ini. Cabarannya lebih pada kita merakam lagu yang kita tidak pernah dengar sama sekali.



Kita cuba belajar bagaimana menyanyikannya dan menghafal lirik.



S: Bagaimana Muhed membantu memberi semangat buat Ellysha yang baru dalam dunia rakaman?



M: Saya harap peluang ini dapat dimanfaatkan Ellysha dalam mengetengahkan bakatnya yang terpendam. Kalau tidak, beliau biasanya akan menyanyi sebagai hobi dan tiada membayangkan dapat merakam lagu sendiri.



S: Apakah pegangan Muhed dalam bergelar anak seni?



M: Kepopularan bukan matlamat saya dalam berkarya. Alhamdulillah, saya sudah bina kerjaya sebagai deejay dan penghibur selama 20 tahun.



Dek usia 51 tahun, saya merasakan tidak sesuai lagi bagi saya menjadi anggota 'boyband' Arjuna. Justeru saya keluar dari kumpulan ini.



Saya hanya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu saya, Hajah Bonyan Haji Murgan, anak Hadi Arjuna serta bakat Singapura lain seperti Yazri, Ryzal Noh, Malon, Idi Hakim dan Hamzah Kidal mahupun kenalan lain, Arjuna Semagatians dan Datuk Sidek, kerana memberi saya harapan meneruskan perjuangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >