Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

3 bulan Aishah simpan rahsia perkahwinan sambil rawat luka

Nov 27, 2021 | 09:58 PM



KUALA LUMPUR: Di lantai hatinya, alun cinta yang ditari sejak lima tahun lalu, sudah tidak lagi senada.



Meskipun sering dilihat sebagai pasangan bahagia kerana sentiasa bersama, namun, jika sudah tersurat jodoh tidak panjang, tiada siapa mampu menolak takdir.



Tiga bulan tegar menyimpan rahsia sambil merawat kelukaan hati, penyanyi tersohor, Aishah, akhirnya mendedahkan kepada Berita Harian Malaysia Online beliau dan suaminya sudah berpisah.



"Ya, kami sudah berpisah dan lagi tidak tinggal sebumbung sejak September lalu. Ketika itu, saya sedang bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19. 



"Cuma dia masih belum lafazkan cerai. Usah ditanya apakah punca perpisahan kami. Saya tak mahu perkara ini menjadi kecoh kerana kesannya nanti akan berbalik kepada saya hanya kerana status sebagai selebriti.



"Tidak semua orang perlu tahu cerita sebenar. Saya hanya mampu berdoa semoga segala kemelut yang berlaku ini segera berakhir," dedahnya.



Biarpun cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai, namun, Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 56 tahun, mengaku ada yang boleh mengagak kesedihannya berdasarkan perkongsian dimuat naik dalam media sosial.



"Ada rakan-rakan universiti di New Zealand yang cukup mengenali saya bertanya mengenai situasi terkini rumah tangga.



"Mereka meminta saya berterus-terang kerana segala perkongsian saya di Instagram (IG) jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada rumah tangga saya.



"Disebabkan itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat pengakuan supaya tidak ada lagi pihak yang tertanya-tanya dan untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari.



"Pengakuan ini dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada yang melihat saya bersama lelaki lain dalam hal yang membabitkan urusan kerja.



"Kalau hendak kata artis asyik kahwin cerai, terpulang, tapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk bertahan.



"Mungkin sudah nasib saya atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri ini hingga sering gagal dalam berumah tangga.



"Entahlah, saya tiada jawapan untuk persoalan itu," luah Aishah.



Mendasari hati ibu kepada dua anak lelaki ini, Aishah tidak menafikan perpisahan menyakitkan.



"Saya juga mengimpikan mahligai dibina ini kekal hingga ke akhir hayat, sama seperti yang sering dipaparkan dalam filem keluaran Walt Disney.



"Apabila ia tidak kesampaian, sudah tentu saya kecewa. Tetapi saya praktikal. Saya sudah boleh terima hakikat dan ingin meneruskan kehidupan.



"Mujur saya ada anak-anak yang menjadi penguat semangat dalam menghadapi situasi sukar itu," kata bekas anggota kumpulan The Fan Club yang bertapak di New Zealand pada era 1980-an ini.



Berbekalkan semangat dan kekuatan yang masih bersisa, penyanyi bervokal mantap ini mahu terus bangkit demi masa depan kerjaya seninya.



"Saya tak mahu menoleh ke belakang. Selepas ini fokus saya adalah kerja kerana single bahru saya akan dilancarkan, bulan depan," katanya.



Pada 2017, Aishah mengaku sudah berkahwin kali keempat. Namun, penyanyi Janji Manismu ini enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan dan identiti suaminya itu.



Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, Aishah meluahkan rasa teruja apabila bakal muncul dengan buah tangan terbaru, bulan depan.



"Kali terakhir saya rakamkan single adalah pada 2018 menerusi lagu Malar. Rasa sangat teruja kerana single baru yang sedang dalam proses pembikinan ini menyuntik elemen segar.



"Lagu ini hasil ciptaan komposer baru. Walaupun bukan nama besar, tapi saya suka dengan lagunya yang saya sifatkan agak berbeza dengan karya yang pernah saya rakamkan.



"Lagipun, lirik lagu itu ditulis seseorang yang sangat saya kagumi. Insya-Allah jika tiada aral melintang, single ini akan dilancarkan Disember ini," kongsinya.



Sementara itu, Aishah berkongsi berita gembira apabila konsert berskala besar iaitu MPO dan Aishah : A Musical Journey yang sepatutnya berlangsung tahun lalu, akan diteruskan pada 2022.



"Saya dimaklumkan, konsert saya itu akan diadakan selepas pertengahan tahun kerana mahu mengutamakan konsert lain yang juga tertangguh seperti konsert Datuk M Nasir dan persembahan penghormatan untuk komposer terkenal, S Atan," katanya. - BHM Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >