Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

'83' imbas kejayaan India julang Piala Dunia Kriket 1983

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM: Makna filem berangka...

'83' imbas kejayaan India julang Piala Dunia Kriket 1983

Jan 05, 2022 | 05:30 AM

INDUSTRI filem Bollywood memang sering menjana karya inspirasi mengenai personaliti sukan atau pencapaian dunia sukan di India yang membakar semangat penonton.

Daripada kisah gusti Dangal ke kisah hoki wanita Chak De! India hinggalah ke kisah kriket Lagaan: Once Upon A Time In India - kesemuanya merupakan filem pecah panggung.

Kini, muncul pula satu lagi filem mengenai sukan paling digemari di India iaitu kriket, 83, di pawagam.

Diarah Kabir Khan, ia diterbitkan bersama Kabir bersama Deepika Padukone, Vishnu Vardhan Induri, Sajid Nadiadwala, Reliance Entertainment dan 83 Film Ltd.

Ia berdasarkan kisah sebenar pasukan kriket nasional India yang dipimpin Kapil Dev untuk memenangi Piala Dunia Kriket 1983, yang ketiga diadakan antara 9 hingga 25 Jun di Britain. Lapan negara mengambil bahagian dalam acara ini.

Suami Deepika, Ranveer Singh, menghidupkan watak Kapil dengan berkesan.

Sekali lagi, kita dibawa melihat perjalanan peserta 'underdog' atau yang tidak dijangka akan menang dan menyerlah dalam sesuatu pertandingan.

83 merupakan filem yang pastinya membuka tirai 2022 dengan pesanan agar kita gigih memburu cita-cita walau bagaimana sulit dan penuh onak duri perjalanan kita.

Watak-watak dalam filem ini diperkenalkan satu persatu secara kreatif dengan menggunakan dialog santai yang tidak memberatkan fikiran dan mudah dihadam.

Penonton di luar India akan dibawa terbang ke zon penceritaan yang menunjukkan bahawa perjuangan pasukan kriket India lebih daripada setakat menempah nama di mata dunia.

Filem ini memberi gambaran betapa rakyat India pada ketika itu juga menyangsikan keupayaan pasukan nasional ini untuk menjulang gelaran juara dalam pertandingan kriket sedunia itu.

Banyak kajian dibuat kru filem ini dalam memaparkan kisah sebenar tanpa mengusik faktanya sehingga menjejas kebenaran plot filem ini.

Sebagai pengarah, Kabir bijak membawa penonton mengimbas jalan kenangan hampir empat dekad lalu dengan meletakkan sisipan foto atau video pasukan kriket pada 1983 untuk dicantumkan dengan visual lakonan filem ini.

Anda akan dapat memahami dan membayangkan jerih payah pasukan kriket India dalam merebut gelaran juara yang tidak disangka-sangka itu.

Mereka berjuang untuk menewaskan pasukan handal West Indies yang terdiri daripada pemain yang fasih berbahasa Inggeris daripada rantau Carribean.

Kebiasaannya 'underdog' jarang dipandang media. Antara babak yang menyentuh hati adalah apabila pasukan kriket India tidak diberi pendedahan, dengan pihak penyiar lebih senang menyiarkan perlawanan antara kumpulan kriket terkenal, West Indies ketika menentang Australia.

Perlawanan antara India dengan Zimbabwe pula seakan-akan diabaikan.

Menerusi watak Kapil yang cekal dan tidak mudah berputus asa, walaupun pasukannya berada dalam keadaan yang remuk-redam ketika itu memberi semacam inspirasi untuk sesiapa sahaja bangkit dan memikirkan tentang impian semustahil mana pun yang boleh dicapai.

Filem ini menjejak sejarah mengenai bagaimana kriket mampu menjadi sukan yang digilai penduduk India dan cukup terkenal hingga ke hari ini.

83 ibarat hidangan yang cukup rasa kerana disisipkan dengan babak sedih, gembira, kegagalan yang pahit mahupun kejayaan yang bersejarah.

Ranveer membawa watak Kapil dengan penuh nyala rasa malah menerusi cara percakapannya dalam filem ini sahaja, ramai yang terkenangkan dinamisme dan kewibawaan Kapil yang sebenar.

Seperti filem-filem sukan lain yang 'meledak' di pawagam, 83 juga membawa anda kembara ke alam motivasi yang menenangkan, zon yang meniup semangat baru dan mempertingkat harga diri yang mungkin selama ini direndahkan golongan yang gemar memperlekeh kebolehan orang lain.

Bagi setiap hambatan, ada jalan keluar. Bagi setiap kekecewaan, ada penawar. Anda hanya perlu yakin dengan diri anda sendiri dan bangkit ibarat si burung 'phoenix' daripada abunya.

  • '83' kini ditayangkan di pawagam Golden Village Jurong Point, Grand (Great World City), VivoCity, City Square, Yishun dan Funan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3