Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penggubah lagu 'Isabella', Bob Lokman, meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Sep 23, 2022 | 05:40 PM



KOTA BHARU: Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung, Jumaat petang..


Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 3 petang.

Adiknya, Nazir Hakim Lokman, 32 tahun, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.


Katanya, jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dimandi dan dikafankan.


Bob yang juga penulis lirik lagu 'Isabella' dan 'Taman Rashidah Utama' meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata.


Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.


Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.



Namun, akibat kekangan kewangan yang dialaminya, Bob hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >