Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Aaron beri perangsang, minta Aliff jauhi individu toksik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Aaron beri perangsang, minta Aliff jauhi individu toksik

Jan 24, 2022 | 10:42 PM

PETALING JAYA – Aktor popular kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz meminta juara Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz, supaya menjauhi individu toksik bagi memastikan dirinya terus berjaya dan kekal relevan dalam industri seni.

Pelakon drama Gerak Khas Undercover itu turut melahirkan rasa bangga  dengan pencapaian rakan senegara dan berharap Aliff tidak lagi menoleh ke belakang dan terus maju membina kerjayanya.

“Tahniah, saya bangga apabila mendapat tahu awak boleh melakukan sesuatu yang hebat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi isteri serta anak-anak. 

“Ingat pesanan abang dalam perbualan kita, jangan pandang ke belakang hanya ke hadapan barulah kita boleh maju ke depan. 

“Segala rezeki bukan untuk diri sendiri sebagai suami atau ayah tetapi untuk keluarga,” katanya dalam satu pos Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Aaron turut berpendapat kejayaan yang diraih pelantun Sayang Sayang itu mendapat keberkatan Allah swt terutama selepas kembali ke dalam industri.

“Alhamdulillah Allah memberkati kemunculan semula awak yang hebat dalam industri.

“Sentiasa merendah diri dan jauhi golongan individu yang toksik. Tahniah sekali lagi,” ujarnya.

Pada Ahad (23 Januari), Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 3o tahun, diumumkan sebagai juara GV8 mengalahkan lima finalis lain iaitu Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

Aliff turut membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000 ($32,144).

Beliau pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi sebelum ini. - Kosmo! Online

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3