Topik diikuti
Pergi ke BHkuAaron dan Hasnul dicalon dalam Festival Filem Malaysia
1 of 3
Sep 1, 2016 | 5:30 AM
Aaron dan Hasnul dicalon dalam Festival Filem Malaysia
DUA pelakon asal Singapura yang sudah mencipta nama di Malaysia, Aaron Aziz dan Hasnul Rahmat, dicalonkan bagi Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) lusa.
Aaron, yang mempunyai lautan peminat di rantau ini, dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem Suamiku Encik Perfect10.