Achey dan Fad rakam 'Kita Baik Ramai Sayang' bagi peringati Abam Bocey
Mar 29, 2020 | 05:30 AM
BAGI mengenang pemergian pelawak Allahyarham Abam, dua sahabatnya daripada kumpulan Bocey, Achey dan Fad, melalui syarikat rakaman 17Eleven Music telah merakamkan single berjudul Kita Baik Ramai Sayang - ungkapan yang diketahui sering dikongsi Abam semasa hayatnya.
Lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik bersama Achey dan Fad yang dilancarkan menduduki tangga teratas carta trending di YouTube minggu lalu.