Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ahn Yasin pilih majlis sederhana

Sep 10, 2020 | 05:30 AM



Dalam wabak Covid-19 masih lagi membelenggu kehidupan warga Singapura, niat beberapa selebriti setempat membina mahligai diteruskan juga meskipun dalam penuh kesederhanaan dan jumlah tetamu terbatas. Dengan penghujung tahun bakal menjelang, kian ramai pula yang menamatkan zaman bujang mereka. BERITA HARIAN melaporkan kisah dua bakat Singapura yang bergelar ‘Raja Sehari’ atau ‘Permaisuri Sehari’, baru-baru ini.



NIAT Ahn Yasin, penyanyi band rege setempat Singa Ragga, adalah merahsiakan hubungan cinta dengan guru prasekolah Siti Jazyrah Jami'at daripada pengetahuan teman-teman sehingga hari pernikahan mereka pada 23 Ogos lalu.



Hubungan yang sudah terjalin empat tahun lamanya itu akhirnya dibawa ke fasa baru dengan pernikahan yang berlangsung pada hari lahir Siti Jazyrah (Zyrah).



Mereka diijabkabulkan dalam majlis serba sederhana dengan kehadiran saudara-mara dan kenalan terdekat di rumah Ahn sekitar kejiranan Ang Mo Kio.



Zyrah, yang bertugas di tadika Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Sembawang pula tinggal di kejiranan sama, selang beberapa blok daripada Ahn.



Pasangan pengantin baru ini tiada rancangan mengadakan jamuan resepsi buat lebih ramai tetamu selepas wabak Covid-19 kelak reda.



Kata Ahn, 36 tahun, mereka mungkin merancang jamuan kecil-kecilan buat anggota keluarga dan saudara terdekat.



Ikuti temu bual bersama Ahn, pemilik syarikat penyedia khidmat mengacara dan hiburan Nutz Studio bagi majlis kahwin, hari lahir dan acara privet.



Soalan (S): Bagaimana mengenali Zyrah?



Ahn (A): Kami bertemu pada 2016 di satu majlis kahwin. Pada masa itu, Ahn pengacara majlis Nutz Studio.



Zyra pula pengiring pengantin perempuan. Dari situ, kami berkenalan dan saling menghubungi. Kami bersahabat selama empat tahun sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.



S: Apakah yang membuat Ahn serasi dengan Zyrah?



A: Kami memang senang 'klik'. Keserasian dan keakraban antara kami memang dapat dirasakan. Kadangkala, tak payah cakap... pandang sahaja dah tahu apa yang nak disampaikan.



Kami juga senang berbincang, sependapat dan akan mencapai kata putus yang sama. Zyrah sahabat karib saya dan memiliki ciri-ciri isteri yang saya impikan. Saya ingin jadikannya sahabat dunia akhirat saya seumur hidup.



S: Apakah persamaan yang menyatukan Ahn dan Zyrah?



A: Kami sama-sama dilahirkan pada Ogos, kami santai, tak cerewet dan sukakan kesederhanaan dalam kehidupan.



Kami juga suka keadaan kemas dan teratur dalam menjalankan tugas, tak suka barang berselerak di depan mata.



S: Apakah cabaran merancang majlis pernikahan ini dalam suasana wabak Covid-19 serta kuota hadirin?



A: Bohonglah kalau saya katakan tiada cabaran. Majlis ini memang jadi rahsia kami berdua. Kami sudah merancang lebih dua tahun lamanya bagi majlis ini.



Cuma misi kami ingin mengejutkan teman-teman yang tidak tahu kami bercinta sampailah di ambang majlis nikah.



Dalam kami bersedia membuat persiapan, tak sangka pula Covid-19 melanda sehingga kami perlu mengubah berkali-kali urusan majlis kami.



Kami perlu ubah lokasi dan buat penyesuaian katering, hiasan, andaman, fotografi, videografi dan bilangan tetamu.



Ia memang timbulkan stres tetapi Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan teman-teman rapat, kami diberi semangat dan motivasi melaksanakan majlis ini dengan lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >