Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MEKAR BERKAT DORONGAN ‘ORANG LAMA’

Aktivis dikir barat teroka lagu balada pop

Sep 25, 2020 | 05:30 AM



BAKAT Singapura, Edyll Noradil Latiff, yang sudah merakam dua 'single' Sampai Bilakah (bersama Fido Ahdross) dan Tinggal Duka baru sahaja menjinak-jinakkan diri sebagai artis rakaman.



Pada usia 38 tahun, Edyll yang nama sebenarnya, Mohd Aidil Abdul Latiff, bapa tiga anak berusia antara setahun dengan tujuh tahun, gigih mengumpul pengalaman seni daripada mereka yang lebih arif demi memajukan kemahirannya ini.



Apakah harapannya buat persada seni Singapura? Bagaimana beliau menyesuaikan diri dalam dunia seni yang banyak saingannya dan kini menerima tamparan hebat daripada wabak Covid-19?



Ikuti wawancara bersamanya yang bertugas sebagai penyelaras kemudahan.



Soalan (S): Bagaimana Edyll terlibat dalam bidang nyanyian? Apakah antara cabaran yang dihadapi?



Edyll (E): Saya sebenarnya mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, saya menyertai kumpulan dikir barat Warung Kopi, membuka kumpulan sendiri, Wasiat sebelum bergiat dalam kumpulan Keponakan 22 kini.



Cabaran yang saya hadapi sebagai penyanyi adalah menyanyikan lagu dengan penjiwaan yang 'sampai' kepada jiwa pendengar.



S: Siapakah sumber inspirasi Edyll dalam berseni?



E: Penyanyi dan penggubah lagu tular dari seberang, Hael Husaini. Beliau memiliki cara nyanyian yang unik serta lagu-lagu yang mudah melekat di hati.



S: Ceritakan tentang kerjasama bersama Fido dalam lagu 'Sampai Bilakah'.



E: Saya sebenarnya sudah mengenali Fido sejak 1999. Kami bergiat dalam kumpulan dikir barat yang sama.



Setelah beberapa tahun tidak bertemu, kami berjumpa dan langsung memikirkan projek menghasilkan 'single' yang disambut baik pendengar, Sampai Bilakah.



Lagu ini hasil ciptaan Yazri Malik dengan lirik tulisan Fido sendiri.



S: Bagaimana pula dengan lagu solo 'Tinggal Duka' yang turut mendapat sambutan menggalakkan di Spotify sejak dilancarkan dalam wadah penstriman ini pada 11 September lalu?



E: Ia hasil ilham penerbit dan penggubah lagu tempatan, Ashidy Ridwan, yang juga seorang penyanyi.



Bagi saya setelah menyanyi secara solo kini, ia agak payah dari sudut teknikal.



Kita menyanyi secara solo dan tiada sesiapa yang akan membantu menyokong kita atau mengatasi kekurangan kita dalam nyanyian.



Berduet juga mempunyai cabaran tersendiri dari segi mewujudkan dan membina keserasian antara kita dan rakan padu suara.



Tanpa keserasian yang tepat dan 'ngam', susah nak membalas penjiwaan dalam nyanyian dan harmoni.



S: Apa pandangan Edyll tentang carta muzik yang disajikan stesen radio Ria 897 mahupun rancangan dalam talian, Carta Dasyat Giler?



E: Lagu saya belum memasuki carta di radio. Namun andainya ia berupaya memasuki carta, saya bersyukur dengan penerimaan yang baik daripada pendengar. Saya harap mereka menerima lagu saya seadanya.



Lagu duet bersama Fido pula disertakan dalam Carta Dasyat Giler sebagai satu usaha mendedahkan kerja seni tersebut.



S: Apakah hobi anda?



E: Bermain bola sepak dan berdikir barat. Inilah minat sejak di bangku sekolah.



S: Bagaimana Edyll melihat persada seni di Singapura? Apa lagi yang diperlukan bagi mengisi kekosongan dalam persada seni Singapura? Apa pula harapan bakat seperti anda?



E: Suasana persada seni di Singapura ini meriah tetapi bakat seni di sini kurang wadah mengetengahkan bakat mereka khususnya mereka yang baru bertapak dalam dunia nyanyian.



Kita perlu terus sediakan wadah buat mencungkil bakat baru dan memberi pendedahan buat mereka.



Harapan saya lebih ramai pendengar dapat menyokong bakat tempatan kita.



S: Apakah rancangan Edyll selepas ini?



E: Saya akan teruskan kegiatan seni saya dan akan memberi yang terbaik buat pendengar dan penyokong muzik Singapura di luar sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >