Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Ali tidak salahkan media

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Ali tidak salahkan media

Mar 02, 2020 | 05:13 PM

Pelawak Malaysia, Ali Puteh, 31 tahun tidak menyalahkan media sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menghangatkan khabar mengenai isu keluarganya hingga ia telah menarik perhatian ramai.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, yang sudah lama mengenali ramai dalam industri media berkata bahawa beliau memahami tugas pihak tersebut, lapor Harian Metro.

"Saya tak salahkan media pun dalam isu membabitkan keluarga hingga menjadi perhatian ramai sebegini.

"Saya faham tugas media kerana sudah menganggap mereka seperti kawan yang cuba ambil tahu," katanya kepada Harian Metro sambil menambah tidak pernah berkecil hati. 

Akhir-akhir ini, kontroversi mengenai 'perang dingin' Ali dengan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali iaitu isteri pelawak Allahyarham Abam berkaitan pembahagian harta, telah mendapat sorotan media. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3