Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amalan pemakanan 'mesra jantung'

Mar 09, 2020 | 05:30 AM



Berikut cadangan makanan yang disarankan pakar kardiologi dan diet:



- Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur, bijirin penuh (gambar atas), ikan dan makanan tinggi serat.



- Hadkan pengambilan garam tidak lebih 1 sudu teh atau 2,000mg sehari dengan mengelakkan makanan masin dan tersimpan, mengurangkan penggunaan sos dan kuah serta garam dan bumbu dalam masakan anda.



- Pilih pilihan sup jernih apabila makan di luar dan elakkan makanan bergoreng.



- Elakkan makanan berlemak seperti daging berlemak, mentega dan minyak.



- Elakkan makanan glisemik dan tinggi kalori seperti beras putih, roti putih, biskut, pastri, kentang goreng dan kerepek.



- Makan secara sederhana pada waktu yang tetap. Mengelak atau melambatkan waktu makan dan makan terlalu banyak boleh menyebabkan paras gula dalam darah melonjak dan menurun secara mendadak menyebabkan tahap tenaga yang rendah, sering lapar dan berat badan bertambah.



- Apabila makan lewat tidak dapat dielakkan, makan campuran karbohidrat dan protein seperti roti bijirin penuh dengan mentega kacang atau yogurt dengan granola. Elakkan makanan berlemak, pedas, manis atau berasid kerana ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.



- Makan snek sebelum makan malam dan kurangkan bahagiannya.



- Elakkan minuman berkafein kerana ia boleh menjejas tidur.



- Jangan makan dua hingga tiga jam sebelum tidur untuk mencegah limpahan asid dan pedih hulu hati.



CARA LAIN UNTUK MENJAGA KEIHATAN JANTUNG:



- Lakukan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu.



- Jika obes, usahakan mencapai berat badan yang normal dan sihat dengan mengurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.



- Berhenti merokok.



- Buat pemeriksaan tahunan untuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol dan dapatkan rawatan untuk mengawalnya.



- Urus tahap tekanan dan jaga kesihatan emosi dan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >