Topik diikuti
Pergi ke BHkuAmbil langkah guna lemak lebih sihat
Dengan larangan ke atas lemak tepu berkuat kuasa Jun 2021, pengguna boleh buat pilihan lebih baik seperti minyak zaitun, soya dan kanola
1 of 3
Jun 24, 2019 | 5:30 AM
Ambil langkah guna lemak lebih sihat
LEMAK trans adalah salah satu jenis lemak tepu umum yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dengan meningkatkan kadar lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan menurunkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).
Ia disifatkan sebagai jenis lemak paling berbahaya dalam diet pemakanan. Selain sakit jantung, memakan lemak trans boleh meningkatkan risiko diserang angin ahmar dan kencing manis Jenis 2.