Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amy restui Konsert Apologia Search & Awie

Feb 26, 2020 | 01:43 PM



PENYANYI kumpulan Search, Amy merestui tindakan rakan kumpulannya, Nasir untuk menjayakan Kosert Apologia Search dan Awie yang akan berlangsung di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 28 Mac bulan depan.



Amy, atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman mengatakan bahawa projek itu merupakan projek yang dirancang Nasir dan beliau tidak dapat menyertai konsert itu kerana sibuk dengan urusan keluarga serta perniagaannya di Bandung, Indonesia.



"Projek mereka (Nasir) biarlah mereka teruskan. Saya akan sertai mereka juga tetapi bukan sekarang," ujar beliau dalam laporan Harian Metro.



"Mereka teruskan dulu sementara saya sibuk dengan perniagaan. Lagipun sebelum ini mereka (dengan Awie) pernah hasilkan projek album berjudul Bikin Wilayah," tambah Amy.



Penyanyi berusia 61 tahun itu juga berharap konsert itu berjalan dengan lancar seperti dirancang sambil mengatakan bahawa tiada masalah sekiranya beliau ingin bersama kumpulan Search jika beliau ingin sertai projek lain selepas konsert tersebut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >