Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo nafi jalin hubungan dengan ahli politik

Sep 9, 2024 | 7:24 PM
Sabronzo menjelaskan dirinya tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik Malaysia.
Sabronzo menjelaskan dirinya tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik Malaysia. - Foto INSTAGRAM SABRONZO

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, 29 tahun, menepis dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang ahli politik Malaysia.

Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, berkata tuduhan susulan tular apa yang didakwa klip video memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit, adalah fitnah.

Malah, Sabronzo menjelaskan beliau tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.

“Maaf, saya tidak kenal siapa individu dimaksudkan itu. Saya pun tidak tengok video yang tular itu.

“Itu bukan saya... Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia… 100 peratus itu bukan saya,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM), selepas menjayakan, Konsert Jiwa Malaysia 2024, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 8 September.

Baru-baru ini, tular klip video memperlihatkan seorang wanita didakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah premis sejurus selepas seorang jejaka yang dikatakan ahli politik, tiba di lokasi yang sama.

Jejaka yang didakwa ahli politik itu dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang selebriti popular, namun berakhir dengan perpisahan.

Sabronzo berkata dirinya terkait mungkin disebabkan wanita dalam rakaman video berkenaan mirip dirinya.

“Saya tidak tahu mahu respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya.

“Tetapi memang bukan saya. Lagipun Internet (pengguna) sekarang kreatif,” katanya.

Sabronzo berkata beliau hanya memberi tumpuan terhadap kerjaya nyanyian.

“Namun, tidak akan teragak-agak membuat pengumuman kepada peminat jika sudah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka pada masa akan datang.

“Fokus saya kepada kerjaya seni dan tiada masa untuk perkara lain.

“Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg