Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Antartika semakin hangat terima kunjungan pelancong

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



PERSATUAN Antarabangsa Pengendali Pelancongan Antartika (IAATO) melaporkan seramai 51,707 pelancong melawat semenanjung itu pada musim Antartik (2017-2018) - satu kenaikan sekitar 17 peratus.



Perkembangan itu mencerminkan trend yang meningkat antara 2011 dengan 2012.



Kebanyakan pelawat - 41,996 - melancong menerusi laut ke Antartika di atas kapal yang turut menawarkan mereka peluang berjalan di darat.



Ia peningkatan sekitar 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Daripada jumlah tersebut, sekitar 3,408 pelawat menaiki pesawat ke kepulauan South Shetland sebelum menyambung perjalanan melalui kapal dalam lawatan mereka.



Sektor itu yang dikenali sebagai udara/kapal pelesiran meningkat sekitar 6 peratus berbanding musim sebelumnya.



Tambahan lagi, 9,131 pelancong melawat Antartika di atas salah satu daripada empat kapal pelesiran yang tidak berlabuh atau peningkatan sekitar 22 peratus sejak 2016 dengan 2017, menurut laman postbulletin.



Dianggarkan juga sekitar 580 pelawat telah ke kem-kem pedalaman Antartika bersama operator darat IAATO.



Kesemua kegiatan pelawat mematuhi kod tatalaku yang disediakan IAATO dan menerusi Sistem Perjanjian Antartik.



Naib Presiden, Pembangunan Kapal Pelesiran dan Ekspedisi Budaya Ponant, Encik Terry Shaller, yang juga pengerusi Jawatankuasa Eksekutif IAATO, berkata:



"Antartika menerima pelawat yang agak sedikit jika dibandingkan dengan destinasi lain.



"Bilangan pelawat yang datang ke benua ini sepanjang tahun lalu adalah 42,576 - kurang daripada separuh daripada mereka yang menyaksikan permainan ragbi di Super Bowl.



"Namun kami juga sedar akan pelindungan ketat yang perlu diberi kepada Antartika kerana keunikannya.



"Hasil kejayaan kami bagi pengurusan pelawat yang bertanggungjawab adalah kerana perancangan masa depan kami yang mendalam mengenai industri ini.



"Ini yang membantu kami menyesuaikan segala strategi untuk melindungi tempat-tempat berharga yang dilawati, sambil memberi pengalaman alam liar kepada pelawat."



Secara keseluruhannya, pelawat Amerika membentuk jumlah pelancong paling ramai atau sekitar 33 peratus daripada keseluruhan bilangan pelancong.



Pelawat China pula di tangga kedua dan mereka membentuk sekitar 16 peratus - kenaikan sekitar empat peratus berbanding tahun sebelumnya.



Pelawat Australia, Jerman dan Britain - masing-masing membentuk 11 peratus, tujuh peratus - daripada keseluruhan pelawat.



"Pertambahan pelawat seperti yang dilaporkan IAATO mencerminkan trend meningkat dalam kalangan pelawat ke kawasan terpencil.



"Bukti yang bertambah menunjukkan pelawat ini ingin meneroka tempat-tempat tersebut.



"Operator IAATO dilengkapkan dengan pengetahuan dan peralatan yang diperlukan bagi menyampaikan mesej pemuliharaan yang jelas kepada pelawat yang diharap akan kembali ke tanah air mereka sebagai duta pemuliharaan," jelasnya.




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola bhgah@sph.com.sg. Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 depngan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format.jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >