Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anugerah Juara Lagu Ke-35 ditunda ekoran perintah kawalan pergerakan

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 7 Februari depan, telah ditunda.



Keputusan itu dibuat TV3 bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia.



Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata tarikh baru AJL35 akan dimaklumkan berpandukan keadaan semasa.



"Pada sidang media AJL35, Ahad lalu, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Huda, berharap PKP tidak dilaksanakan dan AJL35 boleh berlangsung seperti dijadualkan.



"Namun, Perdana Menteri menguatkuasakan PKP bermula tengah malam ini sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang persediaan AJL35 terutama pembinaan pentas dan set.



"Kerja pembinaan memerlukan tenaga yang ramai. Oleh itu, demi kebaikan semua pihak, kami memutuskan menunda AJL35 kepada tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya selepas PKP ditamatkan secara rasmi," kata Khairul dalam kenyataan semalam.



Berikutan penundaan itu, TV3 memohon maaf atas kesulitan dan berharap penularan Covid-19 dapat dibendung segera agar perancangan menganjurkan AJL35 dapat dibuat.



"Kami memohon maaf kepada semua pihak terbabit, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35.



"Kami berharap semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua," katanya.



Awal minggu ini, AJL35 mendedahkan rancangan itu akan menyaksikan gandingan tiga pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni sebelum ini dirancang dengan pematuhan SOP bagi mengawal penularan Covid-19.



Sebanyak 12 lagu bertanding pada peringkat akhir. Antaranya tiga lagu ciptaan bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini. Ini termasuk Belenggu Rindu yang dicipta Hael bersama Ezra Kong dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.



Dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didendangkan penyanyi lain turut ke final. Lagu itu ialah 7 Nasihat nyanyian Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta dan lagu Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dendangan Aishah.



Lagu Gundah (Ernie Zakri ciptaan Ernie Zakri dan Sharon Paul); Eh (Zizi Kirana ciptaan Zizi, Navigator dan Mambang) serta Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter ciptaan Dark) turut menempah tiket ke pentas AJL35.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >