Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apa yang ‘trending’

Nov 27, 2022 | 06:44 AM



Gegar Vaganza 9

‘Pecah kepala’ nak ramal juara



MALAM ini gegaran industri muzik bakal melabuh tirai bagi tahun 2022 dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi siapakah bakal bergelar juara GV ke-9 ini?



Buat pertama kalinya, sebagai penonton, sukar meneka siapa bakal digelar sang juara.



Dek saingan sengit serta persembahan konsisten para artis setiap minggu, takhta juara tahun ini boleh dimiliki siapa sahaja. Mungkin ada dua juara sekali lagi? Mungkin tiga? Atau tambah tiga episod?



Sama-sama kita saksikan malam nanti!



Ronaldo: Bye bye Man U! Ke mana nak pergi ya?



WALAUPUN tumpuannya kini pada Piala Dunia, tidak lama lagi Cristiano Ronaldo akan ligat fikir nak berpindah ke kelab mana untuk terus beraksi di padang bola.



Pada hari Selasa, Manchester United mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak Ronaldo berikutan wawancaranya dengan Piers Morgan.



Dalam wawancara itu, Ronaldo menyelar gergasi Liga Perdana dan bos Erik Ten Hag, serta legenda kelab Wayne Rooney dan Gary Neville.



Jangan terkejut ‘Dunia tiputipu’



JIKA anak anda atau orang di sekeliling anda menghantarkan mesej menggunakan ayat ‘Dunia tiputipu’ jangan terkejut akan terma yang sedang trending ini.



Ia sebenarnya digunakan untuk menyindir muka bumi ini sebagai destinasi kehidupan manusia yang sementara dan penuh dengan penipuan.



Terma Dunia Tiputipu ini wujud selepas lagu dari penyanyi asal Indonesia, Yura Yunita, melancarkan lagu berjudul ‘Dunia Tipu-tipu’.



Muzik video bagi lagu ini telah dilancarkan di saluran YouTube Yura tiga bulan yang lalu.



Muzik video yang merupakan eksperimen sosial itu menerima 18 juta tontonan setakat ini.



Yura mengumpulkjan 7 pasangan adik-beradik, suami-isteri, sahabat juga orang tua dan anak-anak. Dengan hanya menatap mata masing-masing tanpa berbicara sambil mendengar bait kata-kata lagu Yura, muzik video ini berjaya merakamkan reaksi yang sangat berharga dari mereka yang ikut serta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >