Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Apple perkenal Vision Pro, set kepala realiti campuran

Jun 06, 2023 | 02:38 PM



SYARIKAT teknologi Apple telah melancarkan peralatan terbaru berupa set kepala ‘Vision Pro’ berteraskan teknologi realiti terimbuh atau ‘augmented reality’ pertamanya pada Isnin.

Ia merupakan pelancaran perkakasan paling penting oleh syarikat itu sejak pelancaran Apple Watch pada 2015.

Pengenalan set kepala Vision Pro ini secara amnya disambut baik dan berharga AS$3,499 ($4,720.15). Ia boleh dibeli awal tahun depan di Amerika Syarikat sahaja, kata syarikat itu.

Apple menggunakan frasa ‘realiti terimbuh’ atau singkatannya ‘AR’ untuk menggambarkan apa yang dilakukan perkakasan baru yang diperkenalkannya ini.

Realiti terimbuh, juga dikenali sebagai realiti campuran, memberi gambaran bertindih sesuatu objek - membolehkan pengguna mencampurkan gambaran sebenar dengan gambaran maya dengan melihat menerusi sesebuah skrin.

“Terdapat produk tertentu yang mengubah cara kita melihat teknologi dan peranan produk itu dalam kehidupan kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Encik Tim Cook ketika beliau memperkenalkan peranti realiti maya (VR) itu yang menyerupai gogal ski.

“Kami percaya Apple Vision Pro ialah produk revolusioner yang mempunyai prestasi dan keupayaan baik yang hanya Apple boleh berikan,” tambahnya.

Apple Vision Pro, yang disifatkan Apple sebagai komputer spatial, diperkenalkan pada penutup acara Persidangan Pembangun Apple Sedunia (WWDC) di Cupertino, di mana syarikat itu mengumumkan kemas kini tentang produk mereka.

Set kepala itu telah dibangunkan Apple selama bertahun-tahun dan akan memberi tumpuan kepada permainan, penstriman video dan persidangan video.

Tidak seperti pesaingnya, Vision Pro memberi tumpuan untuk menjadi teknologi realiti campuran yang “menempatkan pengguna dalam persekitaran mereka”, kata wartawan Steve Severinghaus dari laman web Insider Intelligence.

“Sedangkan Meta Quest dan peranti lain mengutamakan VR, Vision Pro mengekalkan pengguna pada masa sekarang dan menekankan ciri realiti campuran – melainkan mereka memilih sebaliknya,” tambahnya.

Vision Pro terdiri daripada bahagian hadapan kaca dan bingkai aluminium, serta mempunyai lima penderia, 12 kamera, sistem paparan untuk setiap mata dan sebuah komputer yang disejukkan dengan kipas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >