Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fazura dalam dilema anak-kerjaya

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



FAZURA BERBELAH BAGI ANTARA KERJA, ANAK



SETELAH melahirkan anak pertama pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita Fazura akui dirinya rindu kembali bekerja di set penggambaran.



Namun, pada masa yang sama, beliau tidak dapat membayangkan perasaan yang menyelubungi jiwanya jika perlu meninggalkan si comel, Nur Fatima Aisya, selama beberapa jam di rumah.



“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set. Jawapannya sentiasa ‘ya’.



“Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi pelakon adalah minat ‘Nombor 1’ saya.



“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” jelas Fazura dalam Instagram.



Perkongsiannya pada Ahad lalu yang ditukil laman mStar Online itu mendapat respons daripada ramai termasuk penyanyi Liza Hanim, yang akur melalui sindrom ‘separation anxiety’ atau keresahan berpisah antara ibu dengan anak.



Liza menasihati Fazura agar menggunakan masa sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan dipercayai.




SAMBUT ANAK PERTAMA SELEPAS MENANTI LAMA



KEGEMBIRAAN memenuhi jiwa pelakon Malaysia, Jehan Miskin, 41 tahun, Sabtu lalu. Setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita Korea, Julie Camelia Rhee, 36 tahun, Jehan akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama.



Laman Utusan Online melaporkan Jehan berkongsi berita gembira di Instagram miliknya mengenai kelahiran bayi comel, Axel Nova Rhee Jehan.



“Selamat datang ke dunia anak lelakiku, Axel Nova Rhee.



“Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina diikuti letupan bunga api.



“Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa,” coret Jehan.



Rakan-rakan artis dan peminat membanjiri ruang komen Instagram milik Jehan dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >