Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis seberang

Apr 23, 2021 | 06:00 AM



FAZLEY KIRIM MAKANAN PADA IBU MENGIDAM



DATUK Fazley Yaakob meluangkan masa menghantar terus makanan yang diidamkan seorang ibu hamil yang mengidam ingin merasakan air tangannya.



Penyanyi dan cef selebriti berusia 43 tahun itu bersungguh-sungguh enggan menghampakan wanita itu lantas memberi yang terbaik hasil masakan di restoran miliknya, Minang Kapau.



Sungguhpun begitu, pesanan pelanggan itu dikatakan mengalami masalah teknikal yang menyebabkan permintaannya itu tidak masuk dalam sistem tempahan restoran Fazley. Kerana simpati, beliau menghantar sendiri makanan tersebut dalam tempoh 45 minit daripada restorannya.



“Semalam ada masalah teknikal dengan sistem tempahan dan kiriman makanan di restoran saya.



“Ada beberapa pelanggan tempah tetapi ia tidak sampai ke pihak restoran. “Bila seorang pelanggan kata dia ‘order’ tapi tak sampai-sampai pada waktu Isyak, saya kasihan. Dia wanita hamil dan mengidam nak makan makanan restoran saya.



“Saya terkesan dan berusaha juga walaupun dapur dah tutup untuk siapkan makanan demi saya ingin hantar makanan itu buatnya,” jelas Fazley kepada laman mStar Online.



Apa yang diharapkan Fazley ialah agar usaha kecilnya itu dapat beri senyuman kepada wanita tersebut selain dirinya meminta maaf di atas kesilapan teknikal itu.




NASH LUKA MUKA, SAKIT DADA SUSULI KEMALANGAN



PENYANYI Pada Syurga Di Wajahmu, Datuk Jamaludin Elias, yang lebih dikenali sebagai Nash (gambar) luka pada muka dan sakit dada selepas kenderaan yang dinaikinya bersama pemandu terlibat dalam kemalangan pada Selasa lalu.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata nahas berlaku di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pada 4 petang.



Akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan kereta Toyota Harrier yang dinaiki bekas vokalis Kumpulan Lefthanded bersama pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.



“Kereta yang dinaiki penyanyi itu telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya. Beliau berkata, penyanyi itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >