Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Asheed hargai peluang juang sampai suku akhir

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



SABAN minggu, peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Asheed Def Gab C, sudah bersedia untuk meninggalkan pentas peraduan realiti itu setelah sering muncul sebagai antara penghibur di tangga terbawah.



Bagaimanapun, rezeki membawanya jauh hingga ke minggu kesembilan atau peringkat suku akhir GV9.



Kelmarin, Asheed, 42 tahun, tersingkir selepas menyanyikan lagu kumpulan Wings, Lena Diulit Intan.



Beliau mendapat markah terendah, iaitu 58.6 peratus.



Juri tetap Hetty Koes Endang memberitahunya bahawa lagu itu didendangkan dengan baik meskipun agak terburu-buru sewaktu menyampaikannya.



"Ini adalah peraduan dengan ada ramai peserta yang handal dan jauh lebih baik," jelas Hetty.



Dalam wawancara segmen pasca peraduan Vazz Vaganza, Asheed menjelaskan beliau tidak terkilan kerana sudah mencuba sebaik mungkin bahkan mampu bertahan hingga peringkat suku akhir.



"Setiap minggu memang sudah rasa giliran saya untuk meninggalkan pentas GV9. Tapi rezeki masih ada sampai minggu kesembilan.



"Saya tetap bersyukur sebab pihak Astro masih ingatkan saya walaupun saya sudah 15 tahun tidak muncul di kaca televisyen dan ketika saya masih bertarung dengan penyakit sendi," jelasnya.



Beliau menambah dirinya baik dengan semua peserta GV9 yang menghormatinya sebagai peserta veteran.



Asheed pula disifatkan sebilangan peserta peraduan realiti itu sebagai memiliki semangat juang dan kreativiti tinggi.



Beliau sering menyisipkan kelainan dalam persembahannya termasuk memperkenal unsur tarian flamenco dari Sepanyol dalam salah satu persembahannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >