MUNGKIN ramai yang sudah jenuh dengan filem seram tentang mangsa santau, kerasukan atau kanak-kanak nakal yang diburu ketakutan sewaktu meneroka rumah berhantu.
Namun, ada bezanya apabila anda menyaksikan filem seram terkini dengan barisan pelakon handalan, ‘Jerangkung Dalam Almari’.
Ia dijayakan dua pelakon asal Singapura yang memang terbukti karisma dan bakat lakonannya, Datuk Adi Putra dan Hasnul Rahmat.
Turut serta ialah pelakon veteran, Wan Hanafi Su dan Zaidi Omar, yang memang mampu membawa realisme dalam setiap babak yang dilakonkan khususnya ketika membawa watak lelaki misteri atau antagonis.
Jarang sekali kita tonton filem seram yang mengetengahkan pelakon ‘Kelas A’ yang mampu mewujudkan suasana saspens tanpa mengubah senario seram menjadi kelakar seram sebaliknya.
‘Jerangkung Dalam Almari’ menceritakan tentang kehidupan Fikri (Adi Putra) yang tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya, Shikin (Sophia Albarakbah), dan anaknya (pelakon baru Isaac Iman).
Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lamanya tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abangnya Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman ‘Jerangkung Dalam Almari’ ini.
Baca laporan penuh di Berita Harian esok (Khamis).
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
31
0
Bahaya syirik didedah dalam ‘Jerangkung Dalam Almari'
Jul 27, 2022 | 06:17 PM