Bakat remaja tempatkan 'Kata Rindu' dalam dua carta lagu popular
Di lubuk hati kecil mereka, menyanyi itu menjadi penawar buat diri yang gundah mahupun orang sekeliling yang mendengar. Membina nama dalam persada seni Singapura yang kecil tetapi berkait rapat tidak semudah mana buat dua penyanyi wanita. BERITA HARIAN melaporkan kisah mereka yang mencipta nama menerusi peraduan setempat.
Dec 07, 2020 | 05:30 AM
DI sebalik wajah ayu dan comel bakat Singapura berpotensi besar, Nur Athirah Kamalrudin, wujud suara matang yang mempesona.
Setiap lagu yang dinyanyikannya bak satu sajian santapan halwa telinga yang menenangkan.