Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bangun minat bikin cerita hantu

Sutradara 'Spectre Disco', Rifyal Giffari, ajak penonton platform kongsi video Viddsee kupas erti hiba dalam genre seram
Jan 08, 2022 | 05:30 AM



KEHIBAAN adalah perasaan yang sukar diharungi seseorang dan memerlukan rasa hormat individu lain yang berinteraksi dengannya.



Bagi yang bersedih ataupun mereka yang membantunya, sulit mengatasi keadaan ini yang merentap tangkai hati.



Kebiasaannya, kepiluan ini mencetus fikiran dan tanda tanya yang mengalir deras sebagaimana emosi remuk-redam yang sukar dihentikan.



Inilah antara teras filem ringkas Spectre Disco, hasil ilham sutradara dan penulis naskhah Singapura, Rifyal Giffari, 31 tahun.



Ia kini disajikan di platform perkongsian video Viddsee buat tatapan umum.



"Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam fikiran selepas seseorang mengharungi kehibaan. Apa akan jadi selepas ini? Mengapa ia berlaku? Justeru, apa yang nak diusahakan?



"Disebabkan itu, ramai orang cuba mengatasi kepiluan dengan kata-kata yang membosankan, klise dan jawapan yang terasa kosong kerana kebanyakan masanya tiada yang benar-benar memahami dan mempunyai jawapan pada segala persoalan.



"Apa yang individu dengan kehibaan perlukan dan apa yang perlu kita berikan secara mudah ialah ruang. Ruang merasa, ruang dalam hati untuk mereka yang beralih meninggalkan kenangan silam serta ruang berkembang sebagai manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan.



"Spectre Disco secara umum adalah mengenai bagaimana kita masih mampu memberi ruang walaupun masa jauh meninggalkan kita," jelas Rifyal mengenai filem ringkasnya itu.



Ikuti wawancara Berita Harian bersamanya yang merupakan alumni Pesta Filem Fantastik Antarabangsa Bucheon, Sekolah Filem Fantastic.



Beliau juga peserta program Inkubator Pemimpin Filem Asean-Korea yang ditawarkan Suruhanjaya Filem Busan serta Program Juri dan Pengkritik Belia Pesta Filem Antarabangsa Singapura.



Soalan (S): Apakah yang mendorong anda menghasilkan filem? Apakah kepuasan dan cabarannya?



Rifyal: Laluan saya menceburi bidang filem ini lebih berliku daripada ramai orang. Tentunya saya seronok menonton filem dan televisyen tetapi saya bermula dalam animasi sebelum menulis buku atau skrip.



Ia merupakan proses menentukan apakah dalam konsep penceritaan yang saya cintai. Saya tentunya suka bekerjasama dengan ramai orang dan menjana idea mereka dalam bentuk skrip atau filem.



Saya terfikir tentang pekerjaan yang boleh saya lakukan dan memberi saya matlamat hidup.



Menulis dan mengarah akhirnya menjadi pekerjaan yang saya pilih walaupun saya cuba lakukan hobi kreatif lain membabitkan penyampaian cerita seperti permainan dan ilustrasi.



Menghasilkan filem memerlukan bajet tetapi imaginasi tidak memerlukannya.



S: Apakah yang memberi anda idea bagi menjana 'Spectre Disco'?



Rifyal: Secara umum, filem ringkas ini menceritakan tentang pertemuan seorang wanita yang bersedih dengan lelaki yang tidak dikenali di disko.



Ia adalah konsep daripada penerbit saya, Angelina Marilyn Bok, berdasarkan pengalaman anehnya di kelab malam pada suatu hari.



Daripada pengalaman tersebut, saya mula meneroka idea hantu dan roh sebagai konsep kreatif dan mengembangkan jalan ceritanya.



Saya fikir imej awal dalam minda saya setelah membaca sinopsis Angelina adalah gambaran dua watak utamanya di ruang tari disko. Mereka perlahan-lahan muncul dan hilang secara ajaib.



Ini kerana ia adalah idea sinematik yang biasanya sama dengan pemikiran kita mengenai hantu dan roh yang boleh muncul tiba-tiba atau ketika mereka memerlukan sesuatu daripada manusia atau sewaktu anda memerlukan pertolongan mereka.



Babak itu menjadi salah satu adegan penghujung filem ringkas ini. Ia adalah babak yang paling saya gemari.



S: Apakah yang anda pelajari daripada menghasilkan 'Spectre Disco' dan cabarannya?



Rifyal: Menjalani penggambaran sewaktu Covid-19 adalah sesuatu yang pastinya mencabar. Kami perlu menunda penggambaran kami beberapa hari sebelum jadual penggambaran yang sudah ditetapkan kerana cemas tentang isu keselamatan dan logistik.



Kami bertugas dengan kru yang ramai serta akur pada tempat yang bukan milik kami. Justeru, kami tidak boleh ambil sebarang risiko sehingga menjejas kesihatan ramai.



Apabila penggambaran tertunda berminggu-minggu lamanya, keadaannya sulit. Tetapi semua orang bersetuju datang dan memberi komitmen mereka pada tarikh baru penggambaran. Kami ingat akan kehilangan beberapa kru dan pelakon tetapi semua orang bersedia menjalani penggambaran semula. Ia menyentuh perasaan saya.



S: Apakah yang sedang anda usahakan kini?



Rifyal: Secara peribadi, saya ingin hasilkan beberapa filem ringkas dengan tema cerita hantu ataupun bikin siri tentang kejadian seram.



Sebuah filem ringkas dengan genre serupa mengenai hantu bakal saya paparkan dalam Pesta Filem Antarabangsa Singapura. Ia merupakan ruang selesa buat saya.



Saya ingin terus bangunkan minat saya dalam genre seram, misteri dan hantu ini.



Saya juga sibuk dengan pembikinan iklan dan sedang membangun skrip filem ceritera saya.



S: Apakah harapan anda bagi persada filem Singapura?



Rifyal: Saya harap lebih banyak pawagam Singapura dapat menayangkan filem setempat dan serantau.



Saya berharap beberapa hari dapat diperuntukkan bagi tayangkan filem tempatan dengan skim kuota layar pawagam.



Hari ini, kita berbual tentang ledakan industri filem dan televisyen Korea tetapi kita tidak pernah sentuh tentang undang-undang membosankan yang pernah industri Korea ini gunakan untuk sampai ke tahap kejayaan mereka kini iaitu kuota layar perak yang merupakan langkah penting yang dilaksanakan sejak 1960-an.



S: Namakan tiga filem yang memberi impak buat anda.



Rifyal: Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives oleh Apichatpong Weerasethakul.



Filem genius atau bijak ini adalah yang tidak pernah anda saksikan di mana-mana. Cuba tonton kalau anda belum saksikannya.



Filem ini mengajar saya tentang pelbagai cara pembikinan filem dan undang-undang yang ditetapkan dengan melanggar semua kebiasaan.



A Separation oleh Asghar Farhadi kerana ia menyentuh hati serta menunjukkan kepada saya tentang jiwa seorang pembikin filem yang mampu anda sajikan sepenuhnya di pawagam.



Akhir sekali, Jurassic Park oleh Steven Spielberg. Pengamat filem sering berbual tentang animatronik dan teknik imej janaan komputer (CGI) tetapi lihatlah bagaimana kamera digerakkan dan 'ditarikan' keliling sesebuah adegan.



Kepakaran kru filem ini menakjubkan dan ia juga mengajar saya tentang bahaya kapitalisme.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >