Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bercinta dengan orang lain, jodoh dengan pengurus, kata pelakon Jasmin Hamid

Nov 20, 2021 | 12:25 AM



KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon serba boleh, Jasmin Hamid, 47 tahun, bernikah dengan pengurusnya, Nazmir Abdul Rahim, 35 tahun, dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini pada Jumaat (19 November).



Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri pada 3.30 petang disaksikan individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.



Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 ($26) dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.



Mengulas mengenai pernikahannya kepada Berita Harian Malaysia (BHM), Jasmin berkata, hubungan dengan Nazmir selama ini sangat profesional.



"Dia menguruskan kerjaya saya sejak lapan tahun lalu. Keputusan berkahwin ini dibuat sebulan lalu. Jodoh kuasa Tuhan dan pandemik Covid-19 menjadi penyebab semua ini.



"Jika diikutkan, saya bercinta dengan orang lain, tetapi jodoh dengan dia," katanya yang pernah berlakon bersama Datuk Aaron Aziz bagi drama di Singapura, Dol & Minah.



Pelakon drama Cukup Derita Itu yang terkenal dengan watak Mak Ngah Gayah berkata, ketika bergelut dengan pelbagai perkara termasuk impak penularan pandemik Covid-19, Nazmir setia berada di sisi.



"Dia banyak jaga dan ambil berat mengenai saya termasuk ketika saya banyak mengingati soal mati serta fikir itu dan ini.



"Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri," katanya.



Pelakon filem Boss dan Kanta Serigala itu berkata, selama ini, dia dan suami membahasakan diri dengan panggilan 'adik' dan 'kakak'.



"Kami juga bahasakan diri 'engkau' dan 'aku'. Janggal pula rasanya sekarang. Selepas ini kena panggil dia 'baby' mungkin," seloroh Jasmin.



Selesai majlis nikah, pasangan mempelai diraikan secara sederhana di kediaman keluarga suami di Kampung Baru, di sini.



Melalui perkahwinan terdahulu, Jasmin dikurniakan tiga cahaya mata. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >