Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Berita Baik' gandingkan dua sahabat sejak remaja

Sep 02, 2020 | 05:30 AM



Gabungan suara dua vokalis lelaki yang padu dan mantap dalam lagu yang dipanggil irama ‘bro’ (singkatan panggilan buat ‘brother’) tidak putus-putus menarik minat pendengar. Jika sebelum ini kita terhibur dengan gandingan Datuk M. Nasir dan Mawi dalam ‘Lagu Jiwa Lagu Cinta’ atau dinamisme vokal Datuk Jamal Abdillah dan M. Nasir dalam ‘Ghazal Untuk Rabiah’, beberapa bakat lelaki Singapura turut mengusahakan irama ‘bro’ dalam genre ‘hip hop’ atau ‘regeton’. BERITA HARIAN melaporkan.



MUZIK menyatukan dua sahabat, Firwan Johan dan Rauzan Rahman, sejak usia mereka 16 tahun lagi.



Pasang surut penglibatan dalam dunia seni dan tempoh jatuh bangun ataupun jerih payah dua anak Singapura membina nama dan mencorak kerjaya di Malaysia juga sudah dilalui.



Kini, Firwan dan Rauzan, kedua-duanya 31 tahun, sudah berumah tangga, mempunyai cahaya mata dan muncul dengan 'single' Berita Baik.



Mereka adalah antara sebilangan bakat lelaki di Singapura yang tampil dengan irama 'bro' (paduan suara dua lelaki).



Apakah 'berita baik' yang ingin dikongsi dua sahabat ini?



Soalan (S): Bagaimana idea 'Berita Baik' ini muncul?



Firwan (F): Idea bagi lagu ini datang daripada pengalaman peribadi saya. Saya menyanyi dan menghasilkan lagu sejak usia 16 tahun, tatkala saya dan Rauzan kian akrab kerana muzik. Kami dah macam adik-beradik yang lalui susah senang bersama ketika berseni.



Pada masa saya mengambil keputusan menjadi pemuzik sepenuh masa, saya berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur selama lebih dua tahun lamanya. Saya menjadi antara bakat yang diuruskan Datuk Fazley Yaakob dan Imran Ajmain.



Disebabkan status kewangan saya yang masih tidak mampu menyara hidup keluarga sendiri, saya mengambil keputusan kembali ke Singapura dan mencari tugas sepenuh masa. Saya kira semuanya ada hikmah.



Isteri dan anak lelaki saya yang berusia tiga tahun mencetus inspirasi bagi saya mencipta Berita Baik. Saya sentiasa menanti masa menerima berita baik.



S: Mengapa anda memilih Rauzan dan penerbit Danish Naufal sebagai rakan kerjasama?



F: Sepanjang saya terlibat dalam industri muzik hip hop, Rauzan adalah sahabat karib saya. Beliau ada dari hari pertama saya terlibat dalam bidang seni. Beliau menjadi insan di sebalik semua lagu atau kerja seni saya memandangkan beliau adalah 'rapper' pertama atau orang pertama yang akan terlintas di fikiran untuk bekerjasama jika ada lagu baru.



Memang ada 'rapper' baru di luar sana tetapi saya rasa Rauzan orang yang tepat menyanyikannya bersama saya. Ia perjalanan hidup kami dalam persada muzik di Singapura dan Malaysia.



Keserasian memang makan masa untuk dibina. Kami pernah berselisih faham dan tidak berbual selama dua tahun. Agak 'menggila' memikirkan sahabat yang rapat dan sangat anda sayangi tiba-tiba menjadi orang asing dalam hidup anda.



Apabila kami kian matang, kami mengambil keputusan 'sudah tu sudahlah...'. Kami sudah membuka episod baru dalam persahabatan dan kehidupan kami.



Berita Baik pula diterbitkan Danish Naufal daripada Allure Records SG. Saya dan Danish pula pernah bekerjasama bersama Jagad Edge dan Miiko bagi lagu Only pada 2018. Ia mendapat tiga pencalonan Anugerah Planet Muzik pada 2018.



S: Apakah harapan Rauzan buat Firwan?



Rauzan (R): Saya harap Firwan akan terus bekerja keras tanpa putus asa. Saya bersyukur mempunyai sahabat sepertinya yang sudah melalui liku-liku hidup bersama. Keluarga saya juga menyayangi Firwan.



Beliau sahabat sejati. Kekal positif dan ingatlah bahawa susah payah kita ini buat keluarga tercinta, isteri dan anak. Diharapkan dalam setiap kerja seni kita, kita dapat memberi inspirasi kepada orang lain agar melihat hikmah di sebalik segalanya.



Kini, menjadi tanggungjawab kita memberi galakan kepada anak muda dan memberi mereka keyakinan jika kita terus bekerja keras, kita akan temui bongkah emas di hujung pelangi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >