Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'The Big 4' gabung aksi nekad, dialog lucu

Pengarah Timo Tjahjanto hargai peluang bawa karya Indonesia ke platform antarabangsa
Dec 27, 2022 | 05:30 AM



NGERI dan berdarah merupakan dua ciri 'harus' dalam karya pengarah Indonesia Timo Tjahjanto.



Justeru, apabila diminta berada di balik kamera filem aksi komedi Netflix, The Big 4, dua faktor itu tetap dikekalkannya sebagai satu daya tarikan agar orang ramai yang terbiasa menyaksikan kerja seninya akan terus menonton.



Inilah yang dikongsi Timo, 42 tahun, dalam satu sidang media The Big 4 anjuran Netflix yang turut dihadiri Berita Harian menerusi Zoom baru-baru ini.



Kata Timo, yang pernah mengarah filem seram The ABCs of Death, May The Devil Take You, Dara, Killers dan Headshot:



"Kalau dikira berapa banyak watak yang mati dalam filem ini, pastinya jumlahnya lumayan banyak. Adegan berdarah yang mendebarkan memang identiti filem-filem saya.



"Ramai yang mengenali saya akan tahu kalau saya arahkan filem pasti ada babak ganas, babak bergasak dan babak berdarah.



"Meskipun dalam konteks aksi komedi dengan dialog yang lucu dalam The Big 4, saya tidak terlepas daripada menyisipkan adegan-adegan 'berat' dan berdarah.



"Kerana itu, saya harus berterima kasih dengan Netflix kerana memberi saya kepercayaan untuk menghasilkan drama ini dan izinkan saya bermimpi terus dan tebar ilham saya untuk bikin filem seperti ini yang tidak pernah saya jangkakan."



Filem The Big 4, yang menemui penonton Netflix pada 15 Disember, berlegar sekitar kehidupan Dina, pegawai polis wanita yang bekerja keras untuk membela nama baik Petrus, arwah bapanya yang dibunuh tiga tahun lalu.



Berbekal nilai dan prinsip kerjaya seorang polis yang berwibawa, Dina mula bertanya apa yang benar dan tidak dalam kehidupan.



Dia mendapat tahu bahawa bapanya sebenarnya menyimpan rahsia bahawa dirinya adalah pemimpin pasukan empat pembunuh upahan.



The Big 4 diberi judul demikian hasil daripada jumlah pembunuh upahan dalam pasukan Petrus.



Filem ini dijayakan Putri Marino selaku Dina dan Abimana Aryasatya sebagai Topan (ketua pasukan Petrus).



Terdapat pelakon pembantu Lutesha Sadhewa, Aerie Kriting dan Kristo Immanuel yang berlakon sebagai Alpha, Jenggo, dan Pelo dalam pasukan Petrus itu.



Sebelum ini, Timo pernah mengarah penerbitan bagi siaran Netflix, Headshot dan May The Devil Take You.



Beliau kini sedang mengusahakan versi Inggeris filem Korea Train To Busan, The Last Train to New York.



Pengarah berbakat ini baru-baru ini turut dilamar bagi mengarah versi moden filem Steven Seagal, Under Siege, buat platform penstriman besar HBO Max.



Dalam sidang media itu, Peneraju Kandungan Netflix, Indonesia, Encik Rusli Eddy, berkata pihaknya bangga dapat bekerjasama dengan bakat terbaik dalam dunia perfileman Indonesia menerusi karya asli The Big 4 ini.



"Projek The Big 4 ini menampakkan kelainan. Kami mengusahakan kerencaman dan yakin filem ini dapat menepati cita rasa ramai.



"Saya teruja melihatkan filem lawak yang tetap memiliki adegan saspens dan berdarah," jelasnya.



Putri Marino, 29 tahun, akui beliau teruja dengan peranan lasak yang diberikan kepadanya. Tambahan pula, ini filem pertamanya.



"Saya dapat rasakan kerja keras yang membangun fizikal dan mental saya. Saya lebih tertarik pada unsur aksi filem ini. Bab komedi? Saya tidak menganggap diri saya lucu," katanya.



Bagi Timo, The Big 4 ibarat mutiara kecil yang bersinar dalam banyak karya yang terhasil untuk platform antarabangsa sebesar wadah penstriman Netflix.



"Ia adalah permulaan untuk projek-projek susulan. Saya kira setiap watak dalam The Big 4 ini mempunyai cerita peribadi untuk dikongsi," jelasnya.



Pelakon Marthino Lio, 33 tahun, pula senang bekerjasama dengan Timo untuk tinjau cara sutradara filem aksi berdarah ini mewujudkan humor dalam kerja seninya.



Lutesha, 29 tahun, pula akui dirinya tidak lasak dan apabila diminta menjalani latihan kecergasan dari 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Sabtu, ia disifatkan sebagai cabaran berat.



Penjana kandungan dan peniru gaya, Kristo Immanuel, 25 tahun, juga menganggap pelibatan sulungnya dalam dunia filem sangat membuka mata.



"Saya tak sangka langsung diberi peranan besar sebagai salah seorang pembunuh upahan. Ingatkan cuma jadi pelakon pembantu.



"Apabila diberikan peluang ini, saya terima sahaja dan seronok berlatih aksi bertarung selama tiga bulan," tambahnya.



Kristo dan Arie Kriting, 37 tahun, membawa peranan penting dalam The Big 4 kerana mereka adalah pelawak bersahaja.



"Saya bersikap terbuka kalau ada teman pelakon yang ingin mempelbagaikan dialog lucu mereka dalam filem ini. Kita beri ruang untuk dikembangkan agar filem ini lebih kaya unsur humornya," tambah Arie.



Dari segi lokasi penggambaran, Timo senang untuk perkenalkan sudut-sudut terpencil seperti kawasan pulau di Indonesia buat tatapan penonton antarabangsa.



"Saya suka filem yang menunjukkan suasana kota yang mula terhakis unsur perbandarannya. Tempat penuh abu yang tampak segar dan menunjukkan keindahan Indonesia yang belum diteroka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >