Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Separuh akhir Big Stage 2022: Danial Chuer menyerlah dengan markah tertinggi dan antara 5 finalis

Mar 21, 2022 | 12:18 AM



MALAM separuh akhir peraduan realiti Big Stage 2022 (Musim 4) yang baru dilabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad (20 Mac) menampakkan dua peserta, Danial Chuer dan Yazmin Aziz, menunjukkan kemajuan.



Danial, 20 tahun, mencatat markah 93 peratus pemberian juri untuk berada di tangga teratas pertandingan, mengatasi dua peserta yang disebut-sebut menjadi juara, Aisha Retno, 21 tahun, dan Elica Paujin, 22 tahun.



Dengan bermain piano sambil menyanyikan lagu Seal, It's A Man's Man's Man's World, mahasiswa muzik dengan pengkhususan jaz daripada Universiti Teknologi MARA ini membuktikan beliau menyimpan 'senjata rahsia' selama ini untuk mara ke peringkat akhir Ahad ini (27 Mac).



Sementara itu, Yazmin, 20 tahun, pula membuktikan setiap kekurangannya yang disentuh juri dapat diperbaiki dengan dirinya berada di tempat ketiga konsert separuh akhir, mengatasi Elica dengan markah juri 79.3 peratus. Elica pula meraih 77.4 peratus dan sekali lagi berada di tiga tangga terbawah bersama Tegar Septian, 20 tahun, dan Ajoi Zainal, 24 tahun.



Yazmin menyanyikan lagu mahakarya Tina Turner, Proud Mary.



Aisha yang mendapat markah mengecewakan daripada juri bagi pusingan solo bagaimanapun dapat menebus kekecewaannya di pusingan 'battle' bersama Danial.



Padu suara mereka yang mantap bagi adunan atau 'mash-up' lagu Denting (Melly Goeslaw) dan Roman Picisan (Dewa19) tidak kelihatan seperti pertarungan sebaliknya seiring sejalan seperti duet yang saling membantu.



Danial dan Aisha mendapat pujian semua pengadil yang berdiri memberi sanjungan.



Aisha mara ke peringkat akhir dengan markah kedua tertinggi, 87.8 peratus, pemberian juri.



Elica dan Tegar yang berdiri sebaris dengan Ajoi di tiga tangga terbawah pula diselamatkan oleh undian penonton.



Elica mendapat 26.87 peratus undian penonton (tertinggi dalam kalangan peserta) manakala Tegar meraih 22.12 peratus (undian dalam talian kedua tertinggi).



Meskipun Ajoi mendapat markah 76.1 peratus daripada juri berbanding Tegar dengan 65.1 peratus, undian dalam taliannya agak rendah iaitu sebanyak 10.09 peratus.



Terdapat beberapa komen warganet yang hampa Ajoi tidak ke peringkat aklhir.



"Ajoi layak ke peringkat akhir! Keputusan yang mengejutkan," tulis littleswift di Twitter.



Ada pula yang ingin Ajoi masuk ke peringkat akhir kerana ingin mendengar juara Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi, berduet dengannya.



Warganet Kodo Georgie pula menulis di Twitter:



"Pada satu pihak, saya sangat bersyukur Tegar lolos ke peringkat akhir. Dia bukan vokalis yang bertenaga tetapi ada sesuatu padanya, susah nak jelaskan macam mana tetapi dia layak ke peringkat akhir. Selamat maju jaya Tegar. Kamu bisa!"



Siapa yang akan memanangi RM100,000 ($32,341) sebagai juara Big Stage 2022 (Musim 4)? Jawapannya pada Ahad ini. Turut disampaikan kelak adalah hadiah RM50,000 (naib juara); RM25,000 (tempat ketiga); RM15,000 (tempat keempat) dan RM10,000 (tempat kelima). 



Ciapan tentang #BigStage2022 'trending' di Twitter (Singapura) pada Ahad dengan 10,200 ciapan mengenainya.



Nota: Konsert Akhir Big Stage 2022 akan disiarkan di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) pada 9 malam, 27 Mac ini.



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >