Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SELEBRITI KOREA

Bintang Korea temu jodoh dengan peminat 'Nombor 1'

Bagaikan angan-angan belaka bagi peminat seseorang selebriti mendekati idolanya, bersahabat apa lagi mengahwininya. Namun di Korea, di mana fenomena K-pop dan K-drama meledak di serata dunia, tidak mustahil bagi seorang peminat menjadi pilihan hati sang idola. BERITA HARIAN membentangkan kisah cinta beberapa selebriti Korea yang jatuh hati dengan peminat tegar mereka dan akhirnya mendirikan mahligai bahagia.
Sep 24, 2021 | 05:30 AM



CINTA pada sang idola yang sama ada merupakan penyanyi bersuara lemak merdu atau pelakon tampan lagi jelita tidak akan membawa ke mana-mana.



Ia hanya buang masa, duit dan keringat.



Mungkin inilah kata-kata sesetengah ibu bapa yang bingit anak mereka begitu 'minat gila' atau mabuk kepayang dengan sang selebriti yang payah nak didekati.



Ia ibarat satu mimpi yang mustahil menjadi nyata.



Namun, melihat pada perkembangan sebilangan penyanyi dan pelakon Korea yang terkenal, dapat dikatakan wujud trend dalam kalangan mereka yang lebih senang jatuh hati dengan peminat daripada rakan selebriti dalam bidang kerja yang sama.



Ikuti beberapa kisah cinta bintang K-pop dan K-drama bersama peminat mereka yang disingkap dalam laman Korea Boo.



Apakah yang membuatkan si selebriti 'melekat' dengan peminat tegarnya hingga menjadikannya isteri atau suami?



Dulu minta tanda tangan, kini cincin kahwin pemberian idola disarung ke jari...



Jung Hee Wook hanyalah seorang peminat setia pelakon dan penyanyi bersuara emas, Nam Kyung Joo, yang sanggup menanti lama bagi mendapatkan tanda tangan idola pujaan di belakang pentas sebuah acara muzikal.



Nam, kini 57 tahun, memerhatikan wanita cantik itu yang tampak begitu teruja bertemunya.



Selama tiga tahun, mereka sering bertemu dalam acara kesenian tanpa banyak berbicara dan hanya bergambar.



Hanya pada suatu malam yang bersejarah, Nam mengambil keputusan mengajak Jung keluar makan.



Mereka rancak berbual dan dari situlah, dapat dirasakan inilah wanita yang akan menjaganya buat selama-lamanya.



Penyanyi tersentuh apabila peminat beri sokongan ketika ibu sakit...



Dalam keadaan penyanyi legenda 1970-an Korea, Yoon Soo Ii, berdepan dengan tempoh sedih ibunya menghidap barah dengan ramalan doktor beliau hanya mampu hidup selama enam bulan, muncul penawar dalam bentuk peminat setia.



Ramai peminat Yoon yang datang ke rumahnya bagi memberinya kata-kata dorongan.



Namun, seorang wanita, Kim Sun Shim, sentiasa hadir memberikan kasih sayangnya yang payah dicari ganti. Kim juga memberi kasih sayangnya kepada ibu Yoon.



Tatkala itulah, Yoon, kini 66 tahun, menyedari Kim adalah sahabat pada kala susah ataupun senang.



Selepas mereka berumah tangga, Yoon begitu bahagia kerana kasih sayang sang isteri disifatkan sebagai penawar yang memanjangkan hayat ibunya selama enam tahun lagi di luar jangkaan doktor.



Terpaut pada peminat 'kaki ekor' yang kini nama besar K-drama...



Sekitar 19 tahun lalu, pada usia 28 tahun, Jeon Hye Jin, sudah pun dikenali sebagai dramatis popular di Korea menerusi drama A Little Pond dan The Naked Kitchen.



Walaupun mungkin ada yang menyangka dirinya pasti memilih bintang ternama sepertinya sebagai suami, Jeon lebih tertarik pada seorang jejaka yang hanya pelakon kecil-kecilan, Lee Sun Kyun.



Beliau melihat kesungguhan Lee menawan hatinya. Kali pertama mereka bertemu adalah ketika teman Lee berlakon dalam pementasan yang sama dengan Jeon.



Itulah detik mereka mula berkenalan di balik pentas.



Kerana Lee begitu bersungguh-sungguh ingin mendekati Jeon yang merupakan pelakon wanita kegemarannya, beliau sanggup luangkan masa mengekorinya di hampir setiap pertemuan santai Jeon bersama rakan dalam drama yang dijayakan.



Jeon lihat ketulusan dan selepas tujuh tahun menyemai cinta, mereka berumah tangga pada 2009.



Kalau ada yang tanya mengenai kejayaan Lee yang mula meledak namanya selepas drama perubatan White Tower dan drama romantis Coffee Prince, beliau sering menyebut nama isterinya sebagai pencetus inspirasi.



Kini, Lee, 46 tahun, dan Jeon, 45 tahun, mempunyai dua anak lelaki berusia 12 tahun dan 10 tahun.



Pengirim hadiah misteri akhirnya jadi isteri...



May I Love You? dan To My Bride adalah antara lagu terkenal yang disajikan penyanyi Korea, Lee Se Joon.



Ia merupakan lagu luahan cinta yang ditujukan buat isterinya, Kang Kyung Jin, yang asalnya merupakan peminat misteri yang mengirimkan idolanya itu pelbagai hadiah dengan menggunakan nama samaran.



Lee, kini 49 tahun, hanya tahu bahawa Kang adalah pengirim hadiah tersebut dalam satu konsertnya.



Sejak itu, beliau bagaikan mabuk kepayang tetapi tidak dapat melahirkan perasaannya kerana malu.



Mereka tidak bertemu selama beberapa tahun sehinggalah akhirnya bertembung tanpa dirancang.



Dah namanya kalau jodoh tak ke mana, Lee dan Kang akhirnya berumah tangga.



Kisah cinta penulis pentas dengan pelakon popular...



Mereka sudah 15 tahun bergelar suami isteri.



Jalinan cinta antara pelakon War of the Arrows, Park Hae Il, dengan penulis naskhah pentas, Seo Yoo Seon, terjalin apabila Seo menghadiri salah satu pementasan yang idolanya jayakan.



Maka dengan pertemuan itu, tertulislah kisah cinta mereka yang bertahan lama tanpa digugat badai sehingga hari ini.



Park, 44 tahun, yang kian harum namanya di persada filem Korea menerusi filem A Muse tentang penyajak tua, dan Seo mempunyai dua cahaya mata.




APA KATA...



NAMA besar Bollywood turut terpukau dan terpanah dengan penangan bintang K-Pop, BTS. Apakah yang membuatkan bahang band Korea ini begitu menyengat buat mereka?



“Nak maju dalam bidang muzik? Lihat sahaja sensasi dan fenomena Korea Selatan, band K-pop BTS... belajar daripada cara mereka pasarkan muzik mereka.

BTS contoh terbaik bagaimana artis daripada pasaran berbeza boleh raih kejayaan di pentas global.

Pemuzik di India pun boleh buat seperti mereka kerana tiada lagi benteng halangan yang kuat seperti dahulu. Cuma sayang tak banyak yang dibuat... terlepas peluang nak benar-benar gegarkan industri muzik dunia dengan runut bunyi filem yang berjaya, Slumdog Millionaire, pada 2009...”

- Komposer serta penerbit terbilang dan penyanyi terkenal India dan pemenang Anugerah Academy, AR Rahman, 54 tahun, dalam wawancara televisyen.



“Saya peminat besar band Korea BTS. Mereka penghibur menyeluruh. Tak dapat nak mimpikan bagaimana keadaannya kalau saya dapat bekerjasama dengan mereka.

Mereka kuasai dunia kini. Saya pernah bikin vlog tarian menggunakan lagu mereka, Dynamite. Ia lagu yang positif. Kita perlukan lagu sebegini.

Muzik BTS memecahkan tembok penghalang bahasa dan budaya sebab saya amati lirik, pesanan dan gerak tarian serta mimik muka mereka. Mereka memang luar biasa dan menghibur secara menyeluruh.”

- Pelakon, penggiat seni pertahanan diri dan penari Bollywood, Tiger Shroff, 31 tahun, dalam wawancara bersama laman ‘News 18’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >