Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bintang kumpulan Girls Aloud, Sarah Harding, meninggal kerana barah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Bintang kumpulan Girls Aloud, Sarah Harding, meninggal kerana barah

Sep 06, 2021 | 12:24 AM

PENYANYI popular, Sarah Harding yang menghidap penyakit barah payudara disahkan meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu kepada penyanyi kumpulan Girls Aloud itu menerusi satu perkongsian di akaun Instagram pada Ahad.

Pada Ogos 2020 lalu, Harding mengumumkan bahawa beliau sah menghidap barah yang telah merebak ke bahagian lain tubuhnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibunya Marie menyifatkan anak perempuannya itu sebagai kilauan bintang yang bersinar.

"Ramai di antara anda semua sedia maklum bahawa Sarah berjuang dengan penyakit barah sehingga ke hari terakhirnya.

“Beliau menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan tenang pagi tadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan baik sebelum ini.

“Ini sangat bermakna buat Sarah dan ia menjadi satu kekuatan untuk beliau ketahui bahawa beliau disayangi ramai.

“Saya tahu beliau tidak mahu dikenang kerana melawan penyakit yang dahsyat ini - beliau adalah bintang yang bersinar terang dan saya harap beliau dapat dikenang sebegitu,” jelas Marie.

Harding mula terkenal pada 2002 sebagai peserta di Popstars: The Rivals - adu bakat yang bertujuan mencari 'girlband' dan 'boyband' baru.

Beliau berjaya ke peringkat akhir dan terpilih menganggotai kumpulan yang dinamakan sebagai Girls Aloud, bersama Nicola Roberts, Nadine Coyle, Kimberley Walsh dan Cheryl Cole.

Antara lagu Girls Aloud yang terkenal adalah I’ll Stand By You (yang didendangkan semula sebagai saduran lagu The Pretenders), Call The Shots dan Love Machine. - Astro Awani

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3