Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bukan kuali, bukan periuk, tapi alat muzik 'handpan'

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



SEKALI pandang, ia bak kuali hitam yang ada di dapur rumah.



Namun, sebenarnya, kuali hitam yang dilihat itu merupakan sebuah alat muzik dipanggil handpan.



Alat muzik itu menghasilkan bunyi yang unik - satu sebab utama yang membuat Cik Hanisah Tan Zainudin tertarik untuk bermain handpan.



"Bunyinya membuat saya rasa tenang, aman. Setiap kali saya angkat handpan ini dan saya bermain, saya rasa seolah-olah dibawa ke alam lain," kata pemain genderang berusia 24 tahun itu.



Cik Hanisah mengongsi ceritanya mula minat dan jatuh cinta dengan alat handpan itu dalam segmen Bakat Baru SG, atau #BBSG, dalam rancangan The BM Show minggu ini.



Beliau seorang pelajar tahun akhir dalam jurusan muzik di Kolej Seni Lasalle, dengan pengkhususan dalam muzik elektronik, dan juga anggota kumpulan genderang Nadi Singapura.



Menceritakan kisahnya, Cik Hanisah berkata beliau kali pertama melihat alat muzik itu pada 2014 yang ketika itu dimainkan oleh seorang busker.



Namun, beliau hanya berpeluang cuba bermain handpan pada tahun lalu semasa dalam satu acara Nadi Singapura.



Handpan merupakan istilah bagi sekumpulan alat muzik yang dikategorikan sebagai subset steelpan - sebuah alat muzik yang berasal daripada Trinidad and Tobago.



Ciptaan handpan juga mengambil inspirasi daripada beberapa alat muzik lain seperti ghatam yang berasal dari India, gong dari Thailand dan gamelan dari Indonesia.



Cik Hanisah berkata antara cabaran bermain handpan itu adalah memastikan alat muzik itu tidak dipalu terlalu perlahan atau terlalu kuat bagi mendapat alunan bunyi yang baik dan sedap.



Dalam pada itu, handpan juga hanya mempunyai lapan nota dan untuk menghasilkan sebuah karya dengan hanya lapan nota merupakan satu perkara yang mencabar dirinya.



Namun begitu, beliau baru-baru ini berjaya mencipta lagunya sendiri yang berjudul Unfold dengan bermain handpan itu dan dimuat naik di laman SoundCloud.



Lagu itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada tugasan sekolahnya.



"Sebenarnya, lagu ini menandakan titik permulaan perjalanan saya sebagai pemain genderang dan juga pelajar muzik elektronik. Apa yang saya fikirkan pada masa itu ialah bagaimana saya boleh masukkan handpan ini dalam karya saya sebagai pelajar muzik elektronik, dan bagaimana nak gabungkan dua elemen ini.



"Ia satu cabaran bagi saya sebab alat muzik ini selalu dikaitkan dengan suasana tenang, aman dan santai. Cabaran bagi diri saya sendiri ialah hasilkan sesuatu yang rancak dan groovy tetapi santai," katanya.



Cik Hanisah berharap orang ramai akan terus menyokong industri seni dan penggiatnya, tidak kira apa jua bidang termasuk muzik, tarian, teater dan sebagainya.



"Apa yang ingin saya sampaikan ialah kalau mereka menonton sesuatu persembahan itu dan mereka suka, menikmatinya dan menghargainya, janganlah segan berkongsi atau sebarkan tentang persembahan itu.



"Saya rasa sokongan daripada orang ramai sangat penting sebagai penggiat seni di Singapura. Tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa," katanya.




BERI KETENANGAN



"Bunyinya membuat saya rasa tenang, aman. Setiap kali saya angkat handpan ini dan saya bermain, saya rasa seolah-olah dibawa ke alam lain."



CIPTA ‘UNFOLD' SEBAGAI TUGASAN SEKOLAH



"Sebenarnya, lagu ini menandakan titik permulaan perjalanan saya sebagai pemain genderang dan juga pelajar muzik elektronik. Apa yang saya fikirkan pada masa itu ialah bagaimana saya boleh masukkan handpan ini dalam karya saya sebagai pelajar muzik elektronik, dan bagaimana nak gabungkan dua elemen ini. Ia satu cabaran bagi saya sebab alat muzik ini selalu dikaitkan dengan suasana tenang, aman dan santai. Cabaran bagi diri saya sendiri ialah hasilkan sesuatu yang rancak dan groovy tetapi santai."
– Cik Hanisah Tan Zainudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >