Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERADUAN CIPTA LAGU RAYA WGS

Cari 'Ilham' cipta lagu Raya

May 08, 2021 | 05:30 AM



DALAM kesibukan membuat persiapan majlis kahwin mereka pada 10 dan 11 April lalu, Saruan Jamal dan Nur 'Faezah Ahmad sempat luangkan masa menyertai peraduan mencipta lagu Raya, Ilham: Menjelang Syawal.



Nur 'Faezah, 32 tahun, kakitangan kanan pentadbiran dan khidmat pelanggan di Hospital Besar Changi (CGH) malah menyifatkan idea spontan itu bagaikan langkah bidan terjun yang ternyata membawa hasil tidak diduga.



Sebagaimana kongsinya mengenai pemilihan sebagai salah seorang finalis peraduan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu:



"Saya sifatkan segalanya bak rezeki kahwin. Ia timbul ketika kami baru dapat kunci rumah dan sedang berehat selepas bersihkan rumah itu. Saruan kata, 'Awak ni tak cukup penat?' Selepas saya abaikan niat nak bertanding, Saruan pula teruja nak mencuba.



"Kami cipta lagu bersama buat kali pertama. Itu pun suka-suka sahaja. Tak mengharap apa-apa sebab sahaja nak alihkan pandangan yang sarat fikir soal kahwin pada projek kreatif.



"Apabila dapat panggilan kami masuk peringkat separuh akhir, Alhamdulillah. Selepas itu, di luar dugaan, disaring pula sebagai antara lima finalis. Berdetik di benak, 'Wah...ini betul-betul rezeki kahwin!"



Irama lagu Rindu Syawal dihasilkan Saruan, 32 tahun, seorang teknisyen proses di Pulau Jurong, yang pernah menjadi sebahagian kumpulan duo Laskar.



Nur 'Faezah pula penulis seni kata dan menyanyikannya sekali gus bersama Nurul Atiqah.



Inti lagu ini disejajarkan dengan suasana pandemik Covid-19 di mana ramai hidup terpisah daripada orang tersayang dan menanti masa bertemu kembali dalam rasa penuh kerinduan, kehilangan dan kekosongan.



"Saya bukanlah seseorang yang puitis tetapi saya mudah mencoret luahan rasa saya. Saruan pula anggap dirinya tak begitu mahir bab penulisan, takut-takut 'ke laut' penulisannya. Jadi, beliau tumpukan sahaja pada ciptaan irama lagu ini.



"Kami kirimkan penyertaan betul-betul pada 30 Mac, tarikh tutup pertama sebelum ia dilanjutkan. Namun, rasanya ada hikmah menyertai peraduan ini kerana ia membantu kami lebih mengenali cita rasa satu sama lain dan membina keserasian dengan keupayaan bertolak ansur dalam perihal menjana idea," tambah Nur 'Faezah.



Sebanyak 55 penyertaan diterima bagi Ilham: Menjelang Syawal yang dianjurkan sebagai sebahagian kempen Ramadan dan Raya WGS dalam menyemarakkan lagi sambutan Lebaran.



Genre balada, tradisional, rege dan rok dihasilkan ramai yang begitu teruja mencipta lagu baru Hari Raya.



Petang ini, antara 4.30 dengan 6 petang adalah penentu finalis mana yang akan dinobatkan sebagai juara.



Kelima-lima lagu finalis akan dipersembahkan menerusi laman Facebook dan TikTok WGS.



Pengadil peraduan adalah tokoh seni Mayuni Omar, Reyza Hamizan, Md Khair Md Yasin, Megat Firdaus dan deejay serta penggesek biola Azura Goh.



Penaja peraduan adalah BeyerDynamics. Hadiah bernilai lebih $7,000 akan disampaikan kepada lima pemenang.



Pasangan suami isteri, Hafizah Naser, 38 tahun dan Hadi Gunawan, 31 tahun, yang menganggotai band 'indie' Pink Saturday turut tampil dengan lagu ceria, Hari Raya Terindah.



Menurut Hafizah, tidak semudah itu menghasilkan lagu Raya kerana ada struktur dan 'mood' tertentu yang perlu diperhatikan.



"Kami pula jarang tulis lagu sendiri. Kebanyakan lagu yang kami dendangkan dalam Pink Saturday adalah lagu 'cover'.



"Namun, setelah berbincang panjang, kami cabar diri dan cuba tekankan unsur-unsur positif dalam lagu ini.



"Iramanya ala-ala lagu Jason Mraz yang mencetus inspirasi buat Hadi. Saya pula menulis seni kata tentang memberi dan menerima kemaafan dalam bait kata yang berbunyi 'Buangkan sengketa, dunia ini sementara'.



"Kemaafan sering diambil ringan. Dah minta maaf, kita buat salah lagi. Hari Raya adalah hari kemenangan. Kita perlu ikhlaskan hati setelah buat kebaikan pada bulan Ramadan.



"Dalam suasana Raya belum kembali seperti sediakala pada musim pandemik ini, kita harus positif, masih boleh beraya menerusi Zoom serta bertemu sanak-saudara dalam kumpulan yang kecil," katanya.



Ukhuwah keluarga dan persahabatan juga terbina menerusi usaha gitaris ikonik Singapura, Nur Alif mencipta lagu Apakah Ini Hanya Sementara bersama ibu mentuanya, penyajak Nordita Taib serta sahabatnya, Muhd Nur Asran.



Kata Nur Alif, 35 tahun:



"Saya cuba gabungkan kerjasama penulisan dua generasi berbeza iaitu ibu mentua saya dan sahabat saya. Sebagai mencetus kelainan ada bahagian deklamasi puisi oleh ibu mentua saya. Inspirasi lagu ini timbul dalam situasi Covid-19 di mana ramai pekerja Malaysia terkandas di Singapura dan tidak dapat bertemu keluarga."



Penyatuan idea generasi lama dan baru juga dapat dilihat bagi lagu hip hop Raya, Cinta Syawal, yang dihasilkan bersama Hamsazri, Kalam Qalbu dan Qis.



Sebagaimana jelas Qis, 20 tahun:



"Walaupun kita tahu lagu Raya nostalgia lebih dekat di hati ramai kerana saban tahun kita ingin mendengarnya, kita tak boleh abaikan perlunya buat lagu Raya baru bagi generasi muda seperti saya. Alhamdulillah, saya seronok bekerjasama dengan Hamsazri dan Kalam Qalbu. Mereka beri saya kebebasan dalam proses kreatif dan tak kacau perjalanannya. Mereka banyak beri tunjuk ajar dan nasihat dalam bikin lagu Raya hip hop."



Tok Sim, penggubah lagu Raya Seadanya pula meraih ilham daripada pengalaman zaman mudanya di mana Hari Raya diraikan dengan mengenakan baju lama sahaja kerana tidak mampu membeli yang baru dek tiada pendapatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >