Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cherating indah, nyaman, damai

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



BEBERAPA minit selepas gambar yang merakamkan pemandangan berlatarkan vila hotel Royale Chulan di Cherating, Pahang dimuatnaikkan ke media sosial Instagram, ada teman meninggalkan pertanyaan di ruang komen: "Di mana ni? Macam di Santorini, Greece."



Amboi... bukan main perbandingannya. Tetapi kalau dilihat bagaimana vila percutian di situ tersusun indah di lereng bukit, dengan batu-batu besar di permukaan pantai yang melandai terbentang, memang boleh timbul perasaan seolah-olah berada di tempat romantis nun jauh sana.



Yang jelas, suasana di kawasan peranginan itu nyaman dan menenangkan, saujana mata memandang langit yang memancarkan kebiruannya di lautan terbentang.



Kunjungan ke Cherating tiga hari dua malam itu merupakan yang pertama selepas lebih lima tahun tidak ke Pahang, sehingga penulis terlupa tempat itu mempunyai pantai indah dengan deretan pusat peranginan, daripada konsep kampung hingga ke hotel mewah.



Royale Chulan Cherating merupakan antara pusat peranginan mewah bertaraf lima bintang yang baru dilancarkan setahun lalu.



Dalam kesempatan ke sana baru-baru ini bersama personaliti televisyen, Suhaimi Yusof dan isterinya, Siti Yohana Suliman, kami seperti 'berkenalan' semula dengan apa yang ada pantai timur Semenanjung Malaysia itu.



Penerbangan sejam dengan Fireflyz langsung dari Terminal 2 Lapangan Terbang Changi ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan begitu lancar dan selesa. Perjalanan dari lapangan terbang ke Royale Chulan Cherating pula mengambil masa kira-kira 30 minit.



PANTAI MELANDAI



Terpukau juga dengan pemandangan laut terbentang luas sementara menanti mendaftar masuk, sambil dihidangkan keropok lekor dicecah sos cili dan jus buah.



Terdapat enam jenis bilik di situ, termasuk vila dua bilik dengan kolam renang privet, vila dua bilik dan satu bilik dan Beach Club yang terletak begitu dekat dengan pantai.



Dua kawasan kolam renang, termasuk jakuzi disediakan, tetapi keindahan pantai cukup memanggil sehingga kami tidak menunggu lama untuk segera turun menjamah kaki ke pasir yang cukup halus dan bermain air yang jernih dan tenang gelombangnya.



Pantai Cherating di depan hotel begitu luas, sehingga anda masih menikmati suasana 'bersendiri' biarkan sebahagian besarnya dibuka kepada awam.



Kegiatan di luar hotel pertama bermula selepas makan malam, dengan menyertai aktiviti eko yang diatur Hafiz Cherating Activities.



KUNANG-KUNANG



Dengan menaiki sampan yan g dikendali sendiri oleh Encik Hafiz (berasal dari Myanmar yang menetap di Malaysia sejak 26 tahun lalu), kami menyusuri Sungai Cherating yang begitu gelap untuk melihat kerdipan si kunang-kunang.



Menakjubkan kerana biarpun tiada lampu sepanjang perjalanan 40 minit menyusuri sungai, dan kami tidak dibenarkan menggunakan kamera kerana tidak mahu kunang-kunang lari, malam tetap terasa terang dengan cahaya awan dan bulan.



Encik Hafiz yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, ternyata cukup mencintai alam sekitaran.



Beliau mampu berkomunikasi dengan kunang-kunang dengan hanya menggunakan isyarat lampu merah kecil yang beliau buat sendiri.



Di Pahang, orang sana menggunakan istilah kelap-kelip untuk kunang-kunang.



"Saya banyak buat kajian tentang kelap-kelip dan memahami bila dan mengapa mereka keluarkan cahaya. Selain membaca, saya alami sendiri dan fahamkan kehidupan mereka. Detik paling gembira apabila saya dapat memahami isyarat yang kunang-kunang berikan... seperti memberitahu saya hujan akan turun, sedangkan cuaca kelihatan baik-baik saja," ujar beliau.



Kalau mencari kerdipan kunang-kunang di jalan di kala gelap, pada siang hari pula aktiviti ditukar kepada menikmati kehidupan semula jadi di hutan bakau di sepanjang sungai, termasuk melihat spesis burung air, ikan ular, monyet dan sebagainya.



KEROPOK TERENGGANU



Mereka yang menggemari aktiviti lasak tentu tidak mahu ketinggalan menyertai kembara hutan dengan kenderaan pelbagai rupa bumi (ATV). Antara pengendalinya beroperasi di Resort Legend, juga di Cherating. Memang mencabar meredah laluan sempit berbukit dan sekali-sekala, perlu melalui bawah batang pokok yang tumbang. Tanpa cabaran, tentu kurang seronok ber-ATV 'kan?



Selepas berseronok dengan kegiatan lasak, kami 'tenangkan' fikiran dengan terapi membeli belah... apalagi kalau bukan mencari keropok dan keropok lekor di pantai timur Malaysia. Seronoknya, kami dibawa menyeberangi Kemaman, Terengganu, yang jauhnya hanya 20 minit perjalanan kereta.



Singgah di warung Keropok Cap Intan memang terasa seperti menziarahi kawan lama - begitu mesra tuan punya kedai melayan pelanggan sambil menghidangkan minuman panas dan sejuk, dan disediakan juga secalung keropok siap goreng untuk dicuba sebelum membeli.



Terdapat kegiatan lain jika anda mempunyai banyak masa di Pahang. Antaranya melihat kehidupan penyu dan menyertai seni lukisan batik di Limbong.



Pemandangan indah di pantai Cherating, masih melambai-lambai biarpun sudah beberapa hari pulang ke Singapura... nampaknya kena jenguk kalendar lagi untuk cari cuti hujung minggu untuk ke sana lagi.



  • Lawatan wartawan ke Pahang ditaja Royale Chulan Cherating dan Fireflyz.


Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?



Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dengan 600 perkataan. Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >