SHANGHAI: Aplikasi audio Amerika Syarikat Clubhouse berkata ia sedang menyemak aturan perlindungan data mereka selepas suatu semakan oleh Stanford Internet Observatory berkata ia kekurangan perlindungan keselamatan, lantas menyebabkan data pengguna terdedah pada bahaya oleh pemerintah China.
Walaupun aplikasi ini tidak dibenarkan di China, sesetengah golongan telah berjaya mencari jalan pintas bagi memuat turun aplikasi ini dan ini bermakna sebahagian daripada perbualan yang menjadi topik perbincangan mereka boleh disebarkan melalui rangkaian China.