Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Gaya Hidup0

TREND TENGOK TV

'CRASH LANDING ON YOU' cetus fenomena di Netflix

Penulis senarai lima sebab yang menjadikan drama ini trending di tempat pertama
Mar 09, 2020 | 05:30 AM

TIDAK mengejutkan apabila drama Korea bersiri, Crash Landing On You, tersenarai di tempat teratas dalam carta program popular di Netflix seminggu dua ini.

Bahkan, menurut Nielsen Korea, rancangan ini merupakan drama kedua paling popular dari Korea Selatan dalam sejarah televisyen kabel, dengan kadar tontonan mencapai 21.7 peratus - hanya satu tangga di belakang drama Sky Castle, drama mengenai 'tiger mums', atau ibu yang ketat mengawal anak, yang mencapai 23.8 peratus pada Februari 2019.

Hakikatnya, terlalu ramai yang memperkatakan tentang drama ini, baik di media sosial, di pejabat mahupun dalam perbualan antara rakan.

Episod ke-16 dan terakhir drama itu ke udara di saluran drama Korea pada 16 Februari tetapi anda masih boleh 'binge watch', atau menonton secara berterusan daripada satu episod kepada satu episod pada waktu pilihan sendiri di Netflix.

Mengapakah Crash Landing On You begitu popular, bahkan sehingga berjaya mengatasi siri popular sebelum ini seperti Goblin?

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan perjalanan usahawan jutawan wanita (Yoon Se-ri) dari Korea Selatan dan askar elit, Kapten Ri Jeong-Hyeok, selepas wanita itu ditiup taufan ketika melakukan gelungsur payung. Se-ri terpaksa mencari perlindungan di Korea Utara sementara Kapten Ri melakukan pelbagai cara untuk menghantarnya pulang ke negara asal.

Drama ini boleh dianggap sebagai antara yang paling lengkap jalan ceritanya, menyentuh setiap aspek - romantis, percintaan, komedi, hubungan sosial, thriller dan tragedi. Cukup ramuan, asam garam dan perasanya.

Berikut penulis rungkaikan lima sebab yang sukar diketepikan yang menjadikan drama ini trending di tempat pertama.

1. KESERASIAN PASANGAN SEJOLI

Chemistry, atau keserasian, antara pelakon utama, Hyun Bin dan Son Ye-jin, yang membawa watak Ri Jeong-hyeok dan Yoon Se-ri (sehingga kini diberi hastag #RiRi) begitu berpengaruh sehingga timbul andaian mereka bercinta dalam kehidupan sebenar.

Anda pasti cair melihat bagaimana Ri Jeong-hyeok menunjukkan keprihatinannya menjaga kesejahteraan Se-ri dengan cara tersendiri dan berusaha membuat dia gembira. Antaranya seperti mendapatkan lilin harum yang sukar didapatkan di Korea Utara, menyusun semula barangnya di kondominium mewah Se-ri agar mudah dicapai dan meninggalkan pesanan di telefon bimbit sebagai penawar rindu.

Cara mereka berusaha menggembirakan hati masing-masing patut menjadi contoh pasangan suami isteri, tak kira latar belakang dan bangsa.

2. MENJENGUK KEHIDUPAN DI KOREA UTARA

Menurut personaliti YouTube Kang Nara asal Korea Utara, 60 peratus adegan yang ditampilkan memang menggambarkan keadaan sebenar di negara tersebut.

Ini termasuk sekatan elektrik pada waktu malam, kereta api yang terhenti selama beberapa jam juga merupakan satu kebiasaan. Barang berjenama dari Korea Selatan yang dijual dalam pasaran gelap juga merupakan satu kebenaran dan memang lumrah penduduk kampung menyembunyikan barang keperluan harian biarpun sering diperiksa secara mengejut pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, sukar melihat anggota tentera Korea Utara setampan Hyun Bin. Dan, untuk keluar Korea Utara seperti yang dibuat Yoon Se-ri (melalui hutan atau terowong rahsia) tak semudah yang digambarkan.

3. ANGGOTA PASUKAN KAPTEN RI

Sukar bagi anda tidak menyayangi empat anggota tentera yang begitu setia dengan Kapten Ri Jeong-Hyeok, termasuklah si Pyo Chi-su, yang selalu mengkritik Yoon Se-ri, si 'oppa' Park Kwang-beom, peminat drama Korea Kim Ju-Meok dan si manja Geum Eun-dong.

Menyentuh hati melihat bagaimana mereka bersungguh-sungguh melindungi dan menyayangi Yoon Se-ri. Adegan ketika mereka berada di Seoul dan cuba memahami kehidupan di bandar juga amat mencuit hati.

4. AJUMMAS (MAK CIK-MAK CIK) KOREA UTARA

Kehadiran ajummas yang suka membawang dengan masing-masing mempunyai perwatakan menyerlah, menguatkan drama ini. Mereka berani, lantang bersuara tetapi apabila dalam kalangan mereka ditimpa masalah, mereka sembunyi-sembunyi cuba membantu, dengan cara tersendiri.

Yoon Se-ri mungkin mulanya tidak disukai mak cik-mak cik di kampung tempat tinggal Kapten Ri di Korea Utara tetapi akhirnya, mereka juga yang membantu menceriakannya.

Pada akhirnya cerita, cara Yoon Se-ri menghargai ajummas ini dengan meletakkan coretan wajah mereka dalam koleksi alat soleknya yang cukup popular, amat menyentuh hati.

5. ANTAGONIS YANG MEMBUAT ANDA SIMPATI KEPADA MEREKA

Watak yang menjadi musuh dalam drama ini, Cho Cheol-gang, Yoon Se-hyeong, dan Ko Sang-a, mungkin mulanya membuat anda jengkel. Tetapi pada akhir cerita, mereka juga membuat ramai penonton mengalirkan air mata.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian